Sunday, April 24, 2011

mencari kebenaran...

assalamualaikum...
Tajuk kali ni 'Mencari Kebenaran'. Sejak kebelakangan ni, saya selalu dihimpit masalah yang menyebabkan saya perlu mencari kebenaran disebalik perkara tersebut. Hati tak tenang selagi kebenaran tak diketahui. Alhamdulillah, selesai satu teka-teki yang bermain di minda sejak malam jumaat lalu. Rupa-rupanya senang je nak cari jawapan kepada masalah tu. Hanya dengan meng'google' saya dah dapat jawapan dia.

Nasihat kepada kawan-kawan, jangan biarkan masalah yang sedang anda hadapi berlarutan tanpa jawapan yang pasti. Carilah jawapan tu dan jangan lupa rujuk pada sumber yang sahih atau boleh dipercayai. Saya dapat jawapan kat ILUVUISLAM. Tak sangka ramai juga orang yang ada persoalan yang sama dengan saya. Selama ni ingat saya sorang je ada masalah ni, Alhamdulillah..(n_n"

Sekarang saya sedang mencari kebenaran tentang sesuatu. Tapi saya tak pasti apa keputusannya nanti...
Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada semua yang juga sedang mencari perkara yang sama seperti saya.

Tapi saya sebenarnya pelik. Kenapa bila hal ni disebut, kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang negatif tentangnya. Termasuklah orang yang sangat saya sayangi. Mungkin mereka beranggapan saya masih terlalu muda untuk hal itukah? tak tau la..=.=" Saya nak mereka tau, saya tak kan buat sesuatu selagi mana saya tak pasti dan yakin dengannya. Saya mencari baru saya yakin. Saya tak kan memilih dengan membabi buta. Banyak petunjuk yang saya dapat ketika sedang mencari kebenaran tu. Dari al-quran pun ada. Tapi saya tau, saya masih perlu terus mencari. Banyak yang saya perlu tau. Banyak lagi perkara yang saya tak tau. Moga Allah berikan istiqomah kepada saya dalam hal ini.

Bimbing kami Ya Allah...('',

No comments:

Post a Comment