Friday, July 22, 2011

Sifat Allah itu As-Saami'..

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Hari ini, 19 Julai 2011, sudah masuk hari ke enam saya ber'volunteer' di KELCHEF 2011. Tertarik hati ini untuk berkongsi pengalaman yang meninggalkan kesan di hati ini.

Point Pertama.
Sejak dari sekolah menengah lagi saya rasa sangat sensitif apabila sesuatu perkara itu berkaitan tentang Palestin. Saya cuba menjiwai perasaan saudara-saudara saya di sana. Selalu terkenangkan bagaimana keadaan mereka tika mana kita sedang bersenang-senang di Malaysia, 'membuncitkan perut', sedangkan mereka terpaksa 'mengikat perut'. Ya! Memang saya nak sangat-sangat dapat ke sana, melihat sendiri dengan mata saya perjuangan yang sedang mereka lakukan. Saya nak sangat mendalami sejarah yang berlaku di Palestin. Saya nak melakukan sesuatu untuk mereka di sana.

Tetapi, dengan kemewahan, kesenangan, dan nikmat yang kita dapat di Malaysia ni, sentiasa menyebabkan saya terleka semula tentang perjuangan saudara-saudara Palestin. Acap kali saya menagis kerana mereka, dan acap kali juga saya terlupakan mereka. Kadang-kadang saya rasa bersalah dengan mereka dan kepada Allah. Sentiasa saya berdoa kepada Allah, "YA ALLAH, BERILAH PELUANG KEPADA HAMBAMU INI UNTUK MENYUMBANGKAN SESUATU KEPADA SAUDARA-SAUDARA KU DI PALESTIN".

Lama saya menunggu peluang untuk membantu mereka. Maksud membantu tu, bukan through internet, i want it to be through the real world. Ingat tak saya punya post sebelum ni? Saya mengharapkan perkara yang saya buat di KELCHEF tu dapat merapatkan hubungan saya dengan Allah. ALLAHU ALLAH.. Sedang saya bertugas sebagai penyambut tetamu, datang wakil dari persatuan yang terlibat dengan Palestin membawa tabung. Mereka meminta tolong saya dan Kak Saedatul untuk memohon sumbangan dari orang ramai dan mengedarkan phamplet Palestin. Siap dapat mafla Palestin free lagi! Allahu Allah..

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Minta dengan Allah dengan hati yang tulus dan benar-benar mahu. Kot-kot mana pun, suatu hari nanti Allah pasti menjawab permohonan anda semua. Allah sangat tajam penglihatanNYA dan tajam pendengaranNYA.

Point kedua.
Dah lama saya nak berbual dengan muallaf. Tak tau kenapa hati ni rasa teringin benar mendengar mereka berkata-kata, bertanya pengalaman mereka. Sekali lagi, bukan melalui internet atau alam maya, tapi bertemu mata sendiri dengan mereka, di alam nyata.

"Seronoknya kalau dapat berbual dengan muallaf", kata hati ini. Selalu juga saya bermonolog sendirian mengenai perkara ini. Allah Maha Mendengar! Hari keempat saya di KELCHEF, Allah makbulkan impan saya. Lepas solat maghrib, saya dan Kak Saedatul makan malam kat satu meja dalam food court tu. Masa tu memang semua meja penuh. Lama juga kitorang cari meja untuk duduk. Dah dapat satu, apa lagi, cepat-cepat duduk dan makan. Ketika sedang makan, datang seorang Uncle, muka macam Cina dan dia berkopiah.

"Boleh duduk sekali tak? Tak ada meja kosong", kata Uncle tu.
"Boleh-boleh. Duduk la Uncle", kata Kak Saedatul. Saya pun cakap juga, sambil tersenyum...(n_n"

Kemudian kami makan dan sambil tu berbual.

"Uncle dududk kat mana?"
"Pengkalan Chepa, dengan dengan kawasan industri."
"Ooo..saya pun duduk kat Pengakalan Chepa jga Uncle," saya mencelah.

Banyak juga yang kami bualkan. Ringakasan daripada perbualan kami, Uncle tu namanya Radzi. Dia sedang belajar di Institut Da'wah Islamiyah Perkim (IDIP). Uncle sebenarnya dari Perak, datang ke Kelantan semata-mata nak mendalami Islam. Uncle ada dua orang anak dan isteri. But they are not Muslim yet. InsyAllah, one day, they will. Satu perkara yang perlu di highlight di sini, Uncle kata:

"Uncle datang Kelantan ni, rasa lain. Rasa aman je. Islam dia wara'. Kat tempat lain pun ada Islam, tapi Islam dia tak wara' macam dekat Kelantan."

Subhanallah... Ni pandangan seorang muallaf. Mula-mula saya rasa macam biasa je Kelantan ni. Tapi saya dah jumpa dua orang yang bukan dari Kelantan mengatakan perkara yang sama. Eh, silap! 3 orang rasanya. 2 Islam dan seorang muallaf.

Uncle berharap suatu hari nanti, anak-anak dan isterinya akan memeluk Islam. Banyak perkara yang saya pelajari dari Uncle. Kejadian secara kebetulan atau tidak dirancang ini menambahkan keyakinan saya yang Allah memang Maha Mendengar. As-Saami'..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Positive expectation is the key point!

Kenapa saya ingin kongsikan pengalaman saya ini? Saya ingin menyebarkan kepada semua saudara-saudara Islam saya yang bahawasanya Allah memang mendengar permohonan, permintaan, pengaduan kita. Kita perlu yakin perkara ini. Jika ada sesuatu hajat, mohonlah kepada Allah. Think positively towards Allah. Sesungguhnya Allah itu lebih dekat dengan kamu daripada urat di leher mu.

Siapakah aku dihadapanMu Ya Rabb...

Tuesday, July 19, 2011

kebetulan yang perlu difikirkan..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hari ni, 17hb Julai, cukup 3 hari saya bekerja sebagai sukarelawan di Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KELCHEF) 2011. Ada pengalaman yang saya nak kongsi bersama pembaca sekalian..(n_n"

Saya bekerja dibawah unit PAPA TANGO atau kata mudahnya PENYAMBUT TETAMU. Kerja saya kena SENYUUUUUUM je memanjang. Kena berdiri kat ENTRANCE INTERNATIONAL FOOD COURT. Hari ni saya rasa lebih letih dari 2 hari lepas. Ntah la. I don't know why. Maybe the motivation is declining. Kitorang kena gilir-gilir kalau nak solat. Jadi, tadi masa waktu maghrib, saya ke surau 'berdekatan' dengan KAK SAEDATUL. Macam biasa, I need to go to the toilet first. Tengah syok2 dalam tandas, AIR TARAK (takde) MAA! Huaaaaaa!! Den tak sompet (sempat) nak beristinjak betul2 lagi ni! 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan pertama.
Tengah 'fenin2' (pening2) dalam tandas tu, ALHAMDULILLAH, rupa-rupanya ada AIR DALAM BALDI kat dalam tandas tu. Eh,eh,eeeeh! "Nasib baik orang yang guna tandas ni dulu isi air dalam baldi ni," saya bermonolog dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas habis istinjak, saya pun 'fenin' semula, how to take ablution @ macamana nak ambil wudhu? I waited for some minutes, hoping there will be water again. But no.. Kak Saedatul cakap, boleh gi ambil wudhu kat luar. Paip tu ada kat luar pagar masjid. Saya pun bertekad la ni nak gi ambil wudhu kat situ. Tapi Kak Saedatul kata, kawasan tu terbuka! Masa nak jalan keluar tu, terdetik dalam hati, "Eh, macamana dengan budak2 laki yang lalu-lalang? Aurat perlu dijaga!,". Saya pun patah balik ke surau. Masuk semula ke tandas with the same hope.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan kedua.
Hati sentiasa meminta2 kepada Allah, "Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu yang lemah ini" "Najihah, don't worry, there must be something Allah want to teach you." Tengah menunggu air tu, ada seorang perempuan, juga VOLUNTEER GREEN-V, menghulurkan sebotol air sambil bertanya, "Nok amek air maye ko?". Saya jawab, "Ho,awok amek doh ko?". Dia balas, "Nah, amek la air ni. Wat wudhu,". "Timo kasih..(n_n". Ya Allah, really, ALLAH DID HELP ME. Allahu Allah...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

I performed my solah. I feel really tired for the work I've done and the thing that's just happened. Jalan lambat2 ke tempat saya bertugas. At the same time, I keep reminded myself that Allah want to teach you something. "Allah, give me strength to perform my duty and please, i hope that what i am doing now can make me become more closer to you and Rasulullah." Quite sad at that time.... Allah letihnye.. Ceriakanlah aku..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan ketiga.
Tengah jalan2 tu, ternampak ABANG BADUT yang sedang dikelilingi kanak-kanak. Abang Badut tu buat belon percuma kat siapa-siapa yang nak. Saya pun berhenti kat tempat diorang. Mereka sedang 'berhalaqah', bersama-sama buat belon. Kanak-kanak tolong bagi belon dan tolong pamkan belon. Abang Badut bentukkan belon tu kepada berbagai-bagai bentuk yang comel..(n_n"

"Kakak nak apa? Nak bunga mawar ke, rama-rama?
"Rama-rama."

Dia buatkan belon rama-rama kat saya! It made me feel really happy! Hilang semua penat saya. Lepas tu dia minta sorang adik perempuan berikan belon tu kat saya nad cakap "IKHLAS MEMBANTU", then she kissed at my cheek! Subhanallah... This really give me a strong feeling that Allah has a very sensitive hearing. I told you, Allah has something to show you!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyakkan kebetulan dalam hidup kita? Saya sangat yakin Allah sentiasa mendengar what we said in our heart. Mintalah dengan hati yang betul2 mahukan pertolongan Allah. Surely He will give you. It's just sooner or latter.

Pengalaman sebagai sukarelawan memang banyak mengajar saya erti tawakkal, sabar, positive thinking. Saya ceritakan pengalaman-pengalaman ini sebagai bukti kepada sahabat-sahabat bahawa ALLAH MEMANG WUJUD. Allah sangat baik kepada kita. Jom kita cuba jadi orang baik!

Saturday, July 16, 2011

bila ORANG HEBAT berbicara!!

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, rasa terbuka hati nak menulis sedikit pengalaman yang ana dapat semasa menyertai program National Ibnu Sina Conference (NICE) 2011 baru-baru ini di Kem Kijang,Kelantan. Untuk penegetahuan, program ni adalah dibawah Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan khusus untuk para pelajar dalam bidang kesihatan.

Pengisian dalam program ni sangat syok! Paling SYIOK adalah slot bersama PROF. DR. MUHAYA. Ana sure kebanyakan kita mengenali beliau. Beliaulah yang ana maksudkan sebagai 'orang hebat' di atas. Sepanjang 3 jam slot bersama beliau, TAK MENGANTUK LANGSUNG! Sentiasa bersemangat dan 'menyebarkan semangat' beliau kepada kami semua! Sedikit perkongsian dari Dr. Muhaya:

bergambar dgn Dr. Muhaya atas pentas.


PENGALAMAN DR MUHAYA.
Actually, ana tak pandai sangat menulis ni. But I'll try my best.

1) Dr. ada ceritakan pengalaman beliau dgn seorang pesakit yang beliau operate. Ana tak pasti samada Dr. cakap dialog ni dengan patient tu atau penjaga patient tu. Pesakit tu berterimakasih dengan dr. Tapi apa yang dr balas balik, "BUKAN SAYA YANG OPERATE, SEMUA ALLAH YANG BUAT, SAYA CUMA ALAT". Sangat humble. Dr. kembalikan semua kejayaan beliau kepada Allah.

2) Dr. selalu mengingatkan kami supaya menjadi seorang PROFESIONAL MUSLIM or THE AMBASSADOR OF ISLAM. Pengalaman ni dr cerita berlaku di sebuah hospital luarnegara yang dr pernah berkerja. Ada sorang auntie ni, umur dalam lingkungan 70-an, jumpa dengan dr. Kiranya auntie ni patient Dr. la. Berikut adalah dialog antara mereka yang menyebabkan ana rasa 'RA',ore qlate kato:

AUNTIE: DOC, I'VE BEEN VISITING THIS HOSPITAL FOR 39 YEARS,AND YOU ARE THE NICEST DOCTOR I HAVE MET.
DR.MUHAYA: YOU KNOW WHY? IT'S BECAUSE I AM A MUSLIM.

Allahu Allah... raso 'ra' dok? So, remember my dear friends, we are the AMBASSADOR OF ISLAM. We can implement ISLAMIC TEACHING even in our health field.

3) Ada sorang patient ni, kalau ana x silap, dia ada penyakit katarak, or apa2 penyakit yang berkaitan dengan mata la. Lama dia dirawat di hospital tu. Kalau ana x silap lagi, tiada seorang saudara-mara pun yang datang melawat dia. Doktor-doktor datang kat dia, check apa yang patut, then, that's all. Buat kerja as an ordinary doctor should do. Tiba la turn Dr. Muhaya check patient ni. Dr. Muhaya tengok mata dia, nampak KOSONG. Dr. DAPAT TENGOK JIWA PATIENT TU SANGAT KOSONG hanya melalui mata dia. Dr. pun check macam biasa, then, Dr. pegang tangan dia, tengok ke dalam mata patient tu and said, "PAK CIK, INSYAALLAH SEMUA AKAN SELAMAT. PENYAKIT DUNIA NI HANYA SEMENTARA". At the same time DOC. senyum kat patient tu. Tau tak apa yang jadi? Patient tu terus mengalirkan air mata. Dr. kata, kebanyakan doktor yang merawat dia hanya merawat fizikal patient tu sahaja. Tak ramai doktor yang merawat jiwa seorang pesakit.


Motivational words.
Dr. sangat stress on BE POSITIVE PERSON. Formula yang Dr. kongsikan:
1) +VE THOUGHT -----> +VE FEELING -----> +VE ACTION -----> +VE REACTION
Bila perbuatan kita adalah perbuatan positif, atau akhlak mahmudah, Dr. percaya reaction atau tindakbalas dari orang sekeliling juga pasti positif. Senang je perkiraan Dr. 

2) KAMU JAGA URUSAN AKHIRAT, ALLAH AKAN JAGA URUSAN DUNIAMU.
Kalau kita bayar zakat contohnya, tak kedekut, takkan Allah tak jaga rumah kita dari di masuki pencuri? Kenapa dalam banyak2 rumah tu, Allah celikkan mata pencuri tu kat rumah kita? Pasti ada sebabnya.

3) KALAU NAK BETULKAN DUNIA LUAR, BETULKAN DUNIA DALAM DIRI KITA DULU.
Macam buah buruk, kita mesti nak betulkan akar pokok tu, bukan polish buah tu. Berbalik kepada formula kat atas, be positive, you'll get the same. InsyaAllah!

4) PEOPLE AROUND YOU ALSO AFFECT YOUR ENERGY.
Meaning to say, we can affect other's energy too. So, if we are bringing positive energy in us, we will spread positive energy to others and vice versa. Same goes with negative energy.


STORY OF TOK GURU NIK AZIZ.
You know, Dr. Muhaya also told us sth about Tok Guru.
Tok Guru dan reporter kat rumah Tok Guru untuk satu wawancara. Suddenly:
Reporter: Tok Guru, ada semut api (kat luar rumah).
Tok Guru pun masuk dalam. What do you think Tok Guru will take? Shieldtox? Ridsect? NO3x!Instead, Tok Guru gi amek GULO/GULA. Apa Tok Guru buat dengan gula tu agaknya? Tok Guru tabur gula tu dari tempat semut api tu ada, tabuuuuuuuur sampai ke pokok kat luar rumah tu..(n_n" Kemudian Tok Guru jemput reporter masuk rumah. Habis wawancara, masa reporter tu nak balik, semut api tu dah takde dah. KREATIF X TOK GURU? I think this is CUTE!
Dr. Muhaya pesan, we must respect all living things. And Tok Guru has shown a good example for us.

Pengalaman Dr. Muhaya mendengar ceramah Tok Guru, "kito hidup ni, biar bilo oghe tengok, teringat Allah"..(n_n"


Itu sahaja ana rasa nak kongsi dengan kawan2 semua. Sebenarnya banyak lagi nak dikongsikan. Tapi takut kalau panjang2 nanti, x fokus pulak apa yang ana nak sampaikan sebenarnya. Lastly, pesanan Dr. Muhaya ni kita semua perlu pegang. BE VERY BEST IN YOUR FIELD. Maksudnya, kalau belajar, belajar sungguh oghe qlate kato (sungguh tu ado sabdu deh). Moga kita semua dapat manfaat and most importantly, moga2 kita dapat practisekan dalam kehidupan kita. 

Wallahu a'lam..

pss: dalam NICE hr tu, kitorang turun padang. pergi melawat rumah orang2 sakit terlantar dan kitorang buat check up kat pesakit tu sendiri. memang macam doktor betul la.sape nak join NICE, tahun dpn ada lagi. InsyaAllah buat kat KL. plak. 

kat rumah pesakit
haza min fadhli rabbi...Allah sangat baik..(n_n"