Friday, October 28, 2011

berkelana di bumi kuantan..

assalamualaikum...
lame beno rasanye x post kat blog ni. rasa mcm dh penuh dgn sarang labah-labah..^_^
Alhamdulillah, diri ini mampu meneruskan perjalanan sebagai seorang muslim pharmacy student. Bukan senang pada awalnya. Terlalu banyak konflik dalam diri. "Betul ke nak jadi pharmacist ni?". Selalu je terlintas fikiran ni. Tapi jadi kuat semula bila ingat pada solat istikharah yang dah dibuat sebelum ni. InsyaAllah.. yang ini terbaik.

Terlalu banyak sebenarnya perkara yang nak dikongsikan kat dalam blog ni (eventhough xde orang nk baca). Meh saya kongsikan satu persatu mengikut kemampuan.

Kekasihku..
Nak tau tak, saya dah ada kekasih baru. Bukan boyfriend, bukan girlfriend. Dia takde jantina. Cuba teka siapa 'dia'? Hehe.. buat teka-teki pulak. Saya akan jawab after 'ngepeng'. Hihi...^^V

Tau tak, bila masuk Kuantan ni aura kahwin awal sangat la kuat. Ish, goyah jugak hati ni. Bila kawan2 cerita bab kawin, mm.. start la tersengih2. Orang Kelantan kata 'glenyar'. Masa taaruf week lagi dah cakap pasal kahwin. Tapi cepat-cepat hamba Allah yang lemah ni perbetulkan balik niat sebenar bertandang di bumi Kuantan ni. Ya, betul. Niat asal, fokus utama adalah untuk menuntut ilmu. I WANT TO BE A VERY ISLAMIC, KNOWLEDGABLE, AND PROFESSIONAL PHARMACIST. InsyaAllah, one day this will become a reality. Teringat je perkara ni, alhamdulillah, still strong to be a single woman! Hehe... But we cant expect what will happen in the future right? So, just be positive and always ask the 'petunjuk' from Allah ( through His Quran) ok? Peace!

Ok, apa agaknya jawapan teka-teki kat atas? Siapa agaknya kekasih saya tu? I just mentioned it in the second paragraph. Hehe.. Ok, now i will announce to all of you that my new sweetheart is THE HOLY QURAN. Yes, this is super duper true man! I really fall in love with Quran. Why?

Banyak sebab untuk saya jatuh cinta dengan Quran. Dia tunjukkan saya jalan bila saya keliru. Betul! Bila berdoa, minta Allah beri petunjuk atas sesuatu masalah tu, surely, Allah beri petunjuk melalui Quran. Seolah-olah Allah berbicara dengan diri ini. Dalam saat yang sangat2 memerlukan petunjuk atau menenangkan jiwa, bila baca je ayat yang memang 'pok keno atah dahi', menitis air mata..T_T. Saat tu memang terasa sangat yakin yang Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Maha Lembut, Maha Halus. Lepas tu, bila habis je baca Quran, saya pun cium Quran. Terasa hati berbunga-bunga, terasa wangi, harumnya Quran saya tu (tak tau la kalau Quran lain. hehe..). Bau macam kayu koka pun ada jugak (orang balik dari Mekah selalu bawak balik gelang dr kayu ni). Dulu x pernah rasa macam ni bila baca Quran. Tapi alhmdulillah, Allah dengar doa kita..(n_n" Peace!

Apa kaitan cerita pasal kahwin dengan 'kekasih' saya ni? Macamni.. Ya, memang benar setiap daripada kita pasti ada perasaan untuk dicintai dan mencintai seseorang yang bernama lelaki (selain ayah n adik-beradik n sepupu sepapat la. of course). Saya pun! Tapi diri ini rasa malu untuk melakukannya sekarang sebab perkara2 yang saya rasa lebih afdhal untuk saya cintai; Allah, Rasulullah, Al-Quran, masih belum mampu untuk dicintai dengan sepenuh hati. Tak tau lah. Tapi ni yang saya rasakan pada waktu sekarang. Cuba sedaya-upaya untuk mencintai tiga perkara ini. Saya cuma berkata-kata berdasarkan kata hati dan fikiran logik saya. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Takpe, saya cuma mengatakan apa yang hati kecil saya katakan. Peace..^_^

STUDY IS A SERIOUS BUSINESS.
Hari tu, saya tertengok sebuah video. Dibuat oleh student pharmacy UIA. Rasa sangat terkesan dengan video tu. Mengisahkan tentang tugas seorang student pharmacy.


Yes, study is a serious business. Diri ini terfikir, apakah sumbangan untuk ummat Islam yang dah dilakukan? As, a student right now, i cant see any other way except, to study very seriously FOR THE SAKE OF ALLAH. Ummat Islam kekurangan expertise in many fields, lagi2 bidang sains. Itulah yang saya cuba lakukan. Nak jadi seorang yang benar2 faqih dalam bidang yang diceburi. Sebenarnya diri ini x pasti mampu atau tidak untuk menjadi orang yang hebat seperti para sarjana Islam dahulu kala. Tapi yang pastinya, saya nak jadikan pembelajaran saya suatu perkara yang sangat2 penting. Dan saya sentiasa mengharapkan ilmu yang diperoleh lebih mendekatkan saya dengan Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian buat masa sekarang. Moga2 apa yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk saudara-saudara Islam saya yang lain. Mungkin ini adalah satu sumbangan berbentuk motivasi untuk pembangunan Islam. Banyak perkara yang perlu dilakukan lagi. Jangan buang masa kita sbb tanggungjawab kita lebih banyak berbanding masa yang ada sebenarnya (quotation from Imam Hassan AL-Banna).



pst: -jagalah hati, jangan kau kotori..
      -perjalanan masih jauh sebagai seorang pelajar.moga Allah mmbantu..

Tuesday, October 25, 2011

Salam Aidilfitri dan Selamat Kembali ke 'SEKOLAH'!! (n_n"

Assalamualaikum to all readers...(cewah!iium student knnn)

SALAM AIDILFITRI.
Maaf la lambat pulak ucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya kembali kepada fitrah insani. Kalau tak kembali lagi pun, semakin mendekati pun kira 'okay' la. Macam al-faqir ni.

Mesti banyak amalan sunat yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan bukan? Alhamdulillah... TAPI ADAKAH AMALAN ITU BERKEKALAN EVEN TELAH BERLALU RAMADHAN? Ana (ehem, nok guno 'ana' doh pahni) ada baca dalam SOLUSI EDISI RAMADHAN, antara tanda-tanda amalan sunat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan diterima Allah ialah AMALAN SUNAT ITU BERTERUSAN SEHINGGA BILA-BILA. Kato mudohnyo, kita mampu untuk beristiqomah. Renung-renungkan dan selamat beramal..(n_n"

Nok cerito sket pasal rayo ana ni. Alhamdulillah, tahun ni beraya di Kedah sekali lagi. Malam raya tu tolong Kak Yati buat serunding ikan sampai pukul 1 lebih! Kesian kat Kak Yati. She's my cousin. Cerita ni sedikit scary. Ana pergi tandas sat. Kemudian minum air dan terdengar suara Kak Yati memanggil nama ana, "Kak Ngah, Kak Ngah." Ana pun cepat2 minum air dan tanya Kak Yati, "Kak Yati panggil Ngah ke?". "Eh, tak lah," jawab Kak Yati. Aik, ke aku tersilap dengar ni? "Eh, Ngah jangan main-main." . "Oh, tak kot. Ngah salah dengar je kot," ana balas balik (at the same time nak menyedapkan hati). Then, kitorang pun masuk tidoq kui 1.30 am gitu. Ana pun baca la surah al-Mulk sebelum tidoq. Habis baca tu, dengar macam pinggan kaca berlaga2 kat dapur. Macam sinki kene goyang pun ada juga. Untuk menyedapkan hati ana kata, "Kambing bergesel kat pagar kot". Kambing jadi 'penyejuk hatiku'. Tapi, pelik. Bunyi tu berhenti lepas Mak Lang balik rumah. Hmmm... apakah bunyi itu sebenarnya? Takpe, abaikan.

Dua hari sebelum bertolak ke Kuantan untuk daftar di IIUM, ana drive kereta ke Melor untuk beraya di rumah sahabat tercinta. Perjalanan smooth je. Tapi, dalam perjalanan balik, berlaku accident! Tapi, biasa je. Buntut kereta tak ber'degih' pun (tanya orang Kelantan kalau tak faham ek..). Ana cuma rasa terkejut sedikit. Untuk sesiapa yang berada dalam situasi di mana buntut kereta dilanggar orang, dalam apa jua situasa ANDA TIDAK BERSALAH. Turun dari kereta walaupun masa tu kat traffic light, tengok kerosakan, ambil NO PLAT KERETA YANG MELANGGAR, NAMA PELANGGAR, dan NO PHONE. Tips dari mama tercinta ana, kalau nak no phone dia, buat macam ni: minta phone dia, taip no antum dalam phone dia dan call no antum tu. Jadi akan terteralah no telefon si pelanggar itu. Ini untuk mengelakkan sebarang penipuan dari mereka yang tidak jujur. Okay.. Selamat beramal!

pst:lame dah nk post. tp bru trpost. maaf..