Friday, October 28, 2011

berkelana di bumi kuantan..

assalamualaikum...
lame beno rasanye x post kat blog ni. rasa mcm dh penuh dgn sarang labah-labah..^_^
Alhamdulillah, diri ini mampu meneruskan perjalanan sebagai seorang muslim pharmacy student. Bukan senang pada awalnya. Terlalu banyak konflik dalam diri. "Betul ke nak jadi pharmacist ni?". Selalu je terlintas fikiran ni. Tapi jadi kuat semula bila ingat pada solat istikharah yang dah dibuat sebelum ni. InsyaAllah.. yang ini terbaik.

Terlalu banyak sebenarnya perkara yang nak dikongsikan kat dalam blog ni (eventhough xde orang nk baca). Meh saya kongsikan satu persatu mengikut kemampuan.

Kekasihku..
Nak tau tak, saya dah ada kekasih baru. Bukan boyfriend, bukan girlfriend. Dia takde jantina. Cuba teka siapa 'dia'? Hehe.. buat teka-teki pulak. Saya akan jawab after 'ngepeng'. Hihi...^^V

Tau tak, bila masuk Kuantan ni aura kahwin awal sangat la kuat. Ish, goyah jugak hati ni. Bila kawan2 cerita bab kawin, mm.. start la tersengih2. Orang Kelantan kata 'glenyar'. Masa taaruf week lagi dah cakap pasal kahwin. Tapi cepat-cepat hamba Allah yang lemah ni perbetulkan balik niat sebenar bertandang di bumi Kuantan ni. Ya, betul. Niat asal, fokus utama adalah untuk menuntut ilmu. I WANT TO BE A VERY ISLAMIC, KNOWLEDGABLE, AND PROFESSIONAL PHARMACIST. InsyaAllah, one day this will become a reality. Teringat je perkara ni, alhamdulillah, still strong to be a single woman! Hehe... But we cant expect what will happen in the future right? So, just be positive and always ask the 'petunjuk' from Allah ( through His Quran) ok? Peace!

Ok, apa agaknya jawapan teka-teki kat atas? Siapa agaknya kekasih saya tu? I just mentioned it in the second paragraph. Hehe.. Ok, now i will announce to all of you that my new sweetheart is THE HOLY QURAN. Yes, this is super duper true man! I really fall in love with Quran. Why?

Banyak sebab untuk saya jatuh cinta dengan Quran. Dia tunjukkan saya jalan bila saya keliru. Betul! Bila berdoa, minta Allah beri petunjuk atas sesuatu masalah tu, surely, Allah beri petunjuk melalui Quran. Seolah-olah Allah berbicara dengan diri ini. Dalam saat yang sangat2 memerlukan petunjuk atau menenangkan jiwa, bila baca je ayat yang memang 'pok keno atah dahi', menitis air mata..T_T. Saat tu memang terasa sangat yakin yang Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, Maha Lembut, Maha Halus. Lepas tu, bila habis je baca Quran, saya pun cium Quran. Terasa hati berbunga-bunga, terasa wangi, harumnya Quran saya tu (tak tau la kalau Quran lain. hehe..). Bau macam kayu koka pun ada jugak (orang balik dari Mekah selalu bawak balik gelang dr kayu ni). Dulu x pernah rasa macam ni bila baca Quran. Tapi alhmdulillah, Allah dengar doa kita..(n_n" Peace!

Apa kaitan cerita pasal kahwin dengan 'kekasih' saya ni? Macamni.. Ya, memang benar setiap daripada kita pasti ada perasaan untuk dicintai dan mencintai seseorang yang bernama lelaki (selain ayah n adik-beradik n sepupu sepapat la. of course). Saya pun! Tapi diri ini rasa malu untuk melakukannya sekarang sebab perkara2 yang saya rasa lebih afdhal untuk saya cintai; Allah, Rasulullah, Al-Quran, masih belum mampu untuk dicintai dengan sepenuh hati. Tak tau lah. Tapi ni yang saya rasakan pada waktu sekarang. Cuba sedaya-upaya untuk mencintai tiga perkara ini. Saya cuma berkata-kata berdasarkan kata hati dan fikiran logik saya. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Takpe, saya cuma mengatakan apa yang hati kecil saya katakan. Peace..^_^

STUDY IS A SERIOUS BUSINESS.
Hari tu, saya tertengok sebuah video. Dibuat oleh student pharmacy UIA. Rasa sangat terkesan dengan video tu. Mengisahkan tentang tugas seorang student pharmacy.


Yes, study is a serious business. Diri ini terfikir, apakah sumbangan untuk ummat Islam yang dah dilakukan? As, a student right now, i cant see any other way except, to study very seriously FOR THE SAKE OF ALLAH. Ummat Islam kekurangan expertise in many fields, lagi2 bidang sains. Itulah yang saya cuba lakukan. Nak jadi seorang yang benar2 faqih dalam bidang yang diceburi. Sebenarnya diri ini x pasti mampu atau tidak untuk menjadi orang yang hebat seperti para sarjana Islam dahulu kala. Tapi yang pastinya, saya nak jadikan pembelajaran saya suatu perkara yang sangat2 penting. Dan saya sentiasa mengharapkan ilmu yang diperoleh lebih mendekatkan saya dengan Allah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit perkongsian buat masa sekarang. Moga2 apa yang saya kongsikan ni bermanfaat untuk saudara-saudara Islam saya yang lain. Mungkin ini adalah satu sumbangan berbentuk motivasi untuk pembangunan Islam. Banyak perkara yang perlu dilakukan lagi. Jangan buang masa kita sbb tanggungjawab kita lebih banyak berbanding masa yang ada sebenarnya (quotation from Imam Hassan AL-Banna).



pst: -jagalah hati, jangan kau kotori..
      -perjalanan masih jauh sebagai seorang pelajar.moga Allah mmbantu..

Tuesday, October 25, 2011

Salam Aidilfitri dan Selamat Kembali ke 'SEKOLAH'!! (n_n"

Assalamualaikum to all readers...(cewah!iium student knnn)

SALAM AIDILFITRI.
Maaf la lambat pulak ucapkan tahniah kepada semua yang telah berjaya kembali kepada fitrah insani. Kalau tak kembali lagi pun, semakin mendekati pun kira 'okay' la. Macam al-faqir ni.

Mesti banyak amalan sunat yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan bukan? Alhamdulillah... TAPI ADAKAH AMALAN ITU BERKEKALAN EVEN TELAH BERLALU RAMADHAN? Ana (ehem, nok guno 'ana' doh pahni) ada baca dalam SOLUSI EDISI RAMADHAN, antara tanda-tanda amalan sunat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan diterima Allah ialah AMALAN SUNAT ITU BERTERUSAN SEHINGGA BILA-BILA. Kato mudohnyo, kita mampu untuk beristiqomah. Renung-renungkan dan selamat beramal..(n_n"

Nok cerito sket pasal rayo ana ni. Alhamdulillah, tahun ni beraya di Kedah sekali lagi. Malam raya tu tolong Kak Yati buat serunding ikan sampai pukul 1 lebih! Kesian kat Kak Yati. She's my cousin. Cerita ni sedikit scary. Ana pergi tandas sat. Kemudian minum air dan terdengar suara Kak Yati memanggil nama ana, "Kak Ngah, Kak Ngah." Ana pun cepat2 minum air dan tanya Kak Yati, "Kak Yati panggil Ngah ke?". "Eh, tak lah," jawab Kak Yati. Aik, ke aku tersilap dengar ni? "Eh, Ngah jangan main-main." . "Oh, tak kot. Ngah salah dengar je kot," ana balas balik (at the same time nak menyedapkan hati). Then, kitorang pun masuk tidoq kui 1.30 am gitu. Ana pun baca la surah al-Mulk sebelum tidoq. Habis baca tu, dengar macam pinggan kaca berlaga2 kat dapur. Macam sinki kene goyang pun ada juga. Untuk menyedapkan hati ana kata, "Kambing bergesel kat pagar kot". Kambing jadi 'penyejuk hatiku'. Tapi, pelik. Bunyi tu berhenti lepas Mak Lang balik rumah. Hmmm... apakah bunyi itu sebenarnya? Takpe, abaikan.

Dua hari sebelum bertolak ke Kuantan untuk daftar di IIUM, ana drive kereta ke Melor untuk beraya di rumah sahabat tercinta. Perjalanan smooth je. Tapi, dalam perjalanan balik, berlaku accident! Tapi, biasa je. Buntut kereta tak ber'degih' pun (tanya orang Kelantan kalau tak faham ek..). Ana cuma rasa terkejut sedikit. Untuk sesiapa yang berada dalam situasi di mana buntut kereta dilanggar orang, dalam apa jua situasa ANDA TIDAK BERSALAH. Turun dari kereta walaupun masa tu kat traffic light, tengok kerosakan, ambil NO PLAT KERETA YANG MELANGGAR, NAMA PELANGGAR, dan NO PHONE. Tips dari mama tercinta ana, kalau nak no phone dia, buat macam ni: minta phone dia, taip no antum dalam phone dia dan call no antum tu. Jadi akan terteralah no telefon si pelanggar itu. Ini untuk mengelakkan sebarang penipuan dari mereka yang tidak jujur. Okay.. Selamat beramal!

pst:lame dah nk post. tp bru trpost. maaf..

Monday, August 22, 2011

Bayang-bayang dan CEMBURU!

Assalamualaikum wbt..

Hari ni kita dah berada dalam hari ke-22 bulan Ramadhan. Bagaimana graf keterujaan kita untuk meneruskan mujahadah dalam diri? Moga Allah memberikan kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang hanya tinggal 7 hari. InsyaAllah.. Banyak perkara yang ana nak kongsikan dalam post kali ini dan moga2 apa yang ana tulis bukanlah kerana riya', 'ujub, dan takabbur. Amin Ya Allah...

BAYANG-BAYANG.
Sepanjang bulan Ramadhan ini, alhamdulillah, Allah berikan kekuatan kepada al-faqir ini untuk mentela'ah isi al-quran yang selama ini hanya dibaca tanpa benar-benar memahami isinya. Walaupun tidak semua yang ana faham dengan betul, tapi insyaAllah ana rasa ada sedikit perubahan dalam graf kefahaman ana.

Kenapa bayang-bayang? Ada beberapa hari sebelum2 ni, ana terbaca terjemahan al-quran al-kareem mengenai bayang2. Kita semua yakin bukan yang semua benda atas muka bumi ini ialah makhluk Allah? Ana yakin semua pasti percaya. Perasankah kamu semua bayang-bayang ditepi kamu itu juga makhluk Allah?

"Dan semua sujud kepada Allah baik yang di langit maupun yang di bumi, baik dengan kemauan sendiri ataupun terpaksa (dan sujud pula) bayang-bayang mereka, pada waktu pagi dan siang hari."
(ar-ra'd, 13:15)


Ana tersentap seketika! Allah, rupa-rupanya selama  ni aku tak sedar bayang-bayang aku pun adalah makhluk Allah...T_T Terasa tak? Ana terasa. Ia adalah satu perkara baru, pelajaran baru yang ana dapat dari al-quran. Lepas tu, time ana solat and terasa tak khusyuk, tiba2 ternampak bayang-bayang ana yang 'ikut ana solat' sekali, terus termuhasabah (boleh plak termuhasabah dalam solat). "Astaghfirullah, bayang-bayang kau mesti lagi baik (khusyuk) dari kau", getus hati ana (jadinyo x khusyuk sket). Jadi sepatutnya kita mesti rasa malu bila nak buat perkara-perkara fahsya' dan munkar. Bila nak buat jahat je, fikir gini:

"Eh, jangan2! Malu kat bayang2 kau. Mesti dia sedang bertasbih kepada Allah."

Peringatan untuk diri yang faqir ini juga.

Kenapa ana sebut bayang-bayang sedang "bertasbih"? Ana 'terserempak' dengan ayat al-quran ni yang bermaksud:

"Dan apakah mereka tidak memerhatikan suatu benda yang diciptakan Allah, bayang-bayangnya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri, dalam keadaan sujud kepada Allah, dan mereka (bersikap) merendah diri."
(an-nahl, 16:48)

Allah.... mereka bersujud kepada Allah, merendah diri kepada Allah. Kalau kita terasa 'ujub, riya', takbur, ingatlah kepada bayang-bayang kita yang sentiasa merendah diri. Kalau di fikir-fikirkan, kita hanya perlu aware dengan bayang-bayang kita kalau kita terasa nak buat sesuatu yang jahat. Tak perlu fikirkan apa orang lain nak kata.

Itulah lakisah bayang-bayang yang memang ana teruja nak cerita kat sini. Sungguh al-quran memang sebuah buku untuk menyedarkan kita dari lamunan, angan-angan duniawi, mengelakkan kita dari sifat2 mazmumah. 'Bayang-bayang' memang satu pelajaran yang baru dan menakjubkan diri yang faqir ini.

CEMBURU.
Ana cemburu kepada orang yang dpat beribadah dengan terasa nikmat ibadah yang dilakukan. Mereka mampu khusyu', even ketika solat subuh lepas sahur tu (sebab diri yang hina ini selalu mengantuk masa solat subuh). Cemburu sangat2. Ana cemburu dengan orang yang mampu bermujahadah melawan nafsu mereka. Mereka menang, nafsu mereka is A LOSER. Hebat orang2 ini. Syok kalau mampu menjadi mereka. Mereka mampu melawan nafsu mengantuk mereka, malah mereka tak terasa mengantuk pun ketika beribadah, ketika waktu dhuha (sebab ana selalu mengantuk time2 gini). Cemburu tak?

Syaikhuna Ustaz Muhadir Haji Joll <3
Ana terbaca post seorang sahabat, mengenai perbualan dia dengan SYAIKHUNA USTAZ MUHADIR BIN HAJI JOLL. Akrabnya hubungan dia dan syaikhuna. Ana jelous sangat. Ana tak pernah bercakap dengan ustaz. Tapi sahabat ana tu siap dapat senyuman manis ustaz lagi. Oh, ottuke! Ana jelous ni... ("_") Siapa ana untuk mendapat senyuman yang manis dari seorang pencinta NABI yang hebat seperti syaikhuna. Walau apapun, ana tetap bersyukur kerana Allah memberi kesempatan kepada diri yang faqir lagi jahil ni untuk bertemu dengan PARA PENCINTA NABI (syaikhuna dan sahabat-sahabat ana) di BUMI CFS IIUM PJ. Alhamdulillah...
________________________________________________________________________________

Itulah yang ana nak postkan. Satu pelajaran dari al-quran dan satu lagi perasaan ana (kira macam lepas perasaan la).

Sungguh al-quran memang takkan boring even dibaca selalu. Kenapa? Sebab ie adalah surat cinta dari Allah. Takkan kita boring kalau baca surat cinta kan? Mula-mula ana tak terasa pun benda ni, tapi bilamana kita benar2 ingin mengenali Allah, kita pasti akan terasa.

Sungguh bersahabat dengan para pencinta nabi akan menyebabkan kita turut mencintai nabi kita. Kita akan ada perasaan untuk mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat. Moga perkara ini, perasaan ini berterusan. Moga kita mampu istiqomah dengan ibadah yang telah kita lakukan sepanjang Ramdhan ini sehingga kita mati.

Syukran Ya Allah atas segalanya. Siapa aku di pandanganMu...

*pst: sangat berterima kasih kepada Athirah Ariffin, Najah Solihah, Farah Adlina yang telah memberi ana inspirasi untuk menulis. and of course GREAT THANKS TO ALLAH AND MY BELOVED PROPHET THAT I STILL TRY TO KNOW MORE, MUHAMMAD SAW.
*rindu talaqi... :'(

Wednesday, August 17, 2011

Artikel ini.....mengejutkan daku....

Assalamualaikum wbt dan salam 18 Ramadhan..

Allah.. kita akan masuk fasa ketiga bulan yang berkat ini dalam masa 2 hari lagi. Pasti ramai yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mujahadah masing-masing dan ana antaranya. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Sebenarnya ana sedang mencari sesuatu. Lama dah pencarian tu. Kekeliruan semakin menjadi-jadi. Ana cuba mencari jawapannya dari al-quran dan pembacaan yang lain. Hari ni, ana terbaca satu artikel yang di post seorang junior sekolah ana di facebook. Sama-sama kita hayati...
__________________________________________________________________________________



ABANG : Adik,jomlah pergi usrah, jomlah berdakwah, ummah semakin koyak, jomlah kita bangkit mengubah segalanya ...

ADIK :Abang, adik tidak mahu!! adik kena study!!Markah semester lepas dah cukup teruk gara-gara dakwah, tarbiah dan program!!Adik menyesal megikuti semua itu!! Bosan...Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan, tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke Islam tu syumul... Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah..Esok kalau dah berjaya, adik buatlah kerja dakwah tu. Kalau adik buat kerja dakwah, adik gagal dalam pelajaran nanti... Kan nanti adik menutup mata orang lain terhadap Islam!!

ABANG : Adik, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongket...
ADIK : Jongkang jongket? Apa abang merepek ni?

ABANG : Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongket ... Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah! Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah.... Tu bukan dakwah namanya.. Dan tu bukan belajar namanya...

ADIK : Habis tu?
ABANG : Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus... Tak boleh inversely proportional.

ADIK : Apa maksud abang?

ABANG : Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya...

ADIK : Adik tidak faham.....

ABANG : Tak pe, abang terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang Accounting dalam debit kredit misalnya... boleh bayangkan betapa hebatnya Allah wujudkan dosa dan pahala. Bila belajar tentang Ethics , terasa kerdilnya diri... Bila belajar tentang Islamic Axiom, terasa akrab dengan Pencipta .

ADIK : Kenapa?

ABANG : Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah... Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah... Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja!!

ADIK : Sebab apa?

ABANG : Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu!!

ADIK : Adik tak pernah rasa semua itu, Kiranya, selama ni abang nak cakap yang adik ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas ea?

ABANG : Tak, itu bukan maksud Abang!! Cuma kena checklah sikit hati tu, waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.....

ADIK :Apa maksud abang tarik tali dengan Allah?

ABANG : Ok, abang berikan contoh... Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar,Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi, Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah....Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya!!Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi.
Kita berdoa, tapi tak ada kesungguhan dalam doa kita... Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

ADIK TERMENUNG SEKETIKA...

ADIK : Adik dah faham.... adik kena banyak muhasabah. Adik dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk. Adik tahu itu maksudnya peringatan dari Allah.Adik tahu hukum berdakwah, tapi tidak mengerjakan kerja tersebut.

ABANG : Adikku...Seorang ibu pernah mengatakan "Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam... Adik, itulah yang ingin abang bentuk dalam diri abang... Abang nak setiap perbuatan abang menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaran abang, hubungan abang dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah!!
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya.


Adik, abang ingin berkongsi satu kisah, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan Al Banna... Adik, adik pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al Banna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya!Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah. Adik, abang akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah.

Tapi dik... kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.Adik, abang kongsikan pembacaan abang dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Allah, dengan sifat ArRahaman dan ArRahimNya, memberi ketenangan dan kepuasan kepada hambaNya yang beriman, apabila Dia mahukan segala sesuatu urusan . Dia akan mempermudahkan hambaNya itu untuk mencapainya.

Pada malam sebelum ujian nahu, saya telah bermimpi. Di dalam mimpi tersebut, saya sedang berada dalam sebuah perahu bersama-sama ulama yang terkenal. Perahu itu sedang berlayar di Sungai Nil. Salah seorang ulama itu menghampiri saya. Dia memakai pakaian orang-orang di pedalaman Mesir.Dia menyoal saya, Di mana syarah (huraian) Ibnu Aqeel mengenai al-Afiyah? Saya menjawab, Ini dia! Katanya, Mari kita ulangkaji sebahagian darinya.Buka ke muka surat sekian-sekian . Saya pun membuka ke muka surat-muka surat yang disebutkannya dan mula mengulangkaji. Kemudian saya terkejut jaga!!

Saya sangat gembira. Pagi esoknya saya menduduki ujian. Saya dapati kebanyakan soalan datang dari muka surat-muka surat yang saya bacadi dalam mimpi tersebut. Ini semua adalah rahmat Allah. Allah telah memberi rahmat istimewa kepada saya.Mimpi yang benar adalah sumber maklumat kepada seorang Mukmin. Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam!!

Pasti adik ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda.
Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMMAS berdiri dengan izzah!! Musuh menggeruninya!!
Adik... kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam!!Ayuh berada dalam saf perjuangan!!
____________________________________________________________________________________________

Moga kita semua mendapat faedah dari perkongsian ini.

Siapa kita dihadapan Allah...

Saturday, August 13, 2011

Salam Ramadhan...

Alhamdulillah..
Kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu dengan Ramadhan Al-Kareem. Ana nak berkongsi sedikit ilmu yang ana 'copy and paste' dari seorang hamba Allah yang lebih banyak ilmunya dari ana. Silakan baca. Sangat bermanfaat.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada lima perkara yang membatalkan pahala puasa, yang jika           dilakukan puasa akan sia-sia, hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. 

Dari Anas r.a, Rasulullah  bersabda:

"Lima perkara yang menghapuskan puasa (membatalkan pahala puasa) iaitu dusta, mengumpat, menghasut (memecah belah), membuat sumpah palsu dan melihat wanita yang bukan mahram dengan syahwat."

Dari lima perkara itu, empat darinya berkaitan lisan atau percakapan, iaitu dusta, mengumpat, menghasut dan bersumpah palsu. Perkara ini amat mudah berlaku setiap masa dan tempat.

Kerana itu jagalah lisan dan percakapan kita sepanjang Ramadhan ini, agar ia berterusan penjagaannya sepanjang tahun.

MULUT dan lidah dengan fungsinya sebagai alat pertuturan adalah antara anggota yang liar dan merbahaya. Jika tidak dikawal sewajarnya, mulut dan lidah boleh mendatangkan fitnah, permusuhan dan kecelakaan.

Hakikat ini telah disedari oleh para bijak pandai nenek-moyang kita dulu. Mereka memperkatakannya dalam bentuk bahasa yang indah (peribahasa).

Antara peribahasa yang berkenaan ialah: "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padanya" dan "Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa".

Banyak hadis memberi amaran tentang bahaya lisan ini, antaranya:

Diriwayatkan, Abu Sufyan bin 'Abdullah as-Saqafi telah bertanya kepada Rasulullah, "Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?". Rasulullah menunjukkan lidah baginda dan bersabda, "Inilah".

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, akan banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, akan banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Nuaim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat at-Tirmizi)

Antara madah ulama pula ialah:

"Peliharalah lidahmu, kerana lidah itu menempah kebinasaan dirimu" (Ibnu al-Mubarak).

"Jangan gunakan lidahmu untuk berbicara tentang apa yang boleh mematahkan gigimu" (Imam Sufyan al-Tsauri).

"Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap."

Rasulullah bersabda: 

 مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

"Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia BERKATA BAIK atau dia DIAM." 
(Hadis dari Abu Hurairah r.a., direkod al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis ini menyebut dua perkara, BERKATA BAIK atau DIAM. Rasulullah menyebut berkata baik lebih dahulu dari diam, ertinya berkata yang baik (termasuk menasihati atau menegur masyarakat, pemimpin atau pemerintah) itu lebih utama.

Jika tidak mampu berkata baik, maka lebih baik diam. Jika dalam menasihati orang lain, tapi tidak mampu menasihati dengan baik, tidak boleh kawal emosi, kekurangan ilmu, maka terlebih baik bagi orang itu ialah diam. Serahkan kepada orang yang mampu berkata baik dalam menasihati.

Ingatlah, menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.

Lidah itu menjadi begitu merbahaya kerana disalahgunakan. Tetapi sekiranya digunakan sebaik-baiknya, lidah akan mendatangkan kebajikan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Penggunaan lidah secara betul dan dituntut ialah untuk:

~ berzikir dan membaca al-Quran,
~ menyampaikan ilmu, nasihat dan dakwah - amar makruf dan nahi mungkar.
~ berdoa kepada Allah Taala.
~ berkomunikasi dengan sesama manusia dalam hal yang diredhai, tidak dimurkai Allah.

Perlu diingat, dalam menggunakan percakapan yang baik itu, hakikatnya, "Berkata tentang yang baik mudah. Membuat perkara yang baik susah. Yang paling susah berikhlas di dalam membuat perkara yang baik."

Penggunaan lidah (pertuturan) yang ditegah ialah:

~ berdusta, (gurauan), atau membuat janji palsu.

Rasulullah  bersabda, maksudnya : "Ada tiga perkara yang sesiapa terlibat dengan satu daripadanya, maka dia adalah munafiq, walaupun dia mengamalkan puasa dan sembahyang, iaitu apabila bercakap dia berdusta, apa berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianati".

~ mengumpat, memfitnahkan orang, menghasut atau menjadi "batu api".

Rasulullah  bersabda: "Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih jahat daripada berzina. Penzina, apabila bertaubat, mungkin diampuni Allah, tetapi pengumpat tidak diampuni oleh Allah sehingga dia diampuni oleh orang yang diumpatnya".

Orang yang mengumpat itu bagaikan melontarkan segala kebajikan ke timur ke barat dan ke kiri ke kanan, yakni dia menghantar kebajikannya kepada orang yang diumpatnya. Maka itu, Ibnu al-Mubarak berkata, "Jikalau aku ingin mengumpat, tentu aku akan mengumpat ibuku sendiri, kerana dialah yang terlebih berhak mendapat kebajikan daripadaku".

Rasulullah  bersabda: "Sewaktu aku berjalan pada malam israk, aku lihat beberapa puak penghuni neraka sedang makan bangkai. Menjawab pertanyaanku, Jibril berkata, "Mereka itu ialah orang-orang yang suka makan daging manusia di dunia'" (Orang-orang yang mengumpat).

Kepada Mu'az bin Jabal, Rasulullah pernah bersabda: "Putuskan lidahmu daripada mengumpat ahli al-Quran, penuntut ilmu, dan jangan engkau koyak-koyakkan daging manusia dengan lidahmu, nanti akan dikoyak-koyakkan dagingmu oleh anjing neraka".

~ mencacatkan cakap orang, membenarkan cakap sendiri dan berbantahan.
~ memuji diri.

Allah Taala berfirman, mafhumnya: "Maka jangan kamu mengatakan diri kamu suci (memuji diri). Dia (Allah) maha mengetahui orang yang bertaqwa" (al-Najm: 32).

~ mengutuk dan memaki makhluk.
~ mendoakan kejahatan untuk manusia.
~ mengeluarkan kata-kata kotor, kesat, lucah, lucu (lawak yang tidak benar), sindiran dan gurau-senda dengan tujuan menghina dan memalukan orang.

Semua yang berkaitan dengan amalan lidah yang tersebut dikategorikan sebagai "kata-kata haram". Di samping itu, banyak menuturkan "kata-kata harus (mubah)" yang tidak berfaedah ditegah juga. Kerana, apabila banyak berbicara, berborak umpamanya, selalunya lidah tergelincir lalu menuturkan kata-kata yang haram itu. Kalau tidak demikian pun, sekurang-kurangnya merugikan masa dan mengikut ulama, akan memanjangkan hisab di akhirat kelak, sebagaimana yang dimaksudkan dalam syair berikut:
"Jauhilah daripada kata-kata berlebihan, kerana hisabnya nanti berpanjangan."

Malik bin Dinar bermadah, "Apabila engkau dapati rasa degil bersarang di hatimu, terasa dhaif (lemah atau malas) beribadat dan sukar mendapat rezeki, maka ketahuilah, semuanya itu disebabkan oleh ucapan lidahmu mengenai perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepadamu".

Menurut Imam al-Ghazali, kata-kata yang harus dan tidak berfaedah itu akan meimbulkan empat kesan negatif:

Pertama, menyibukkan malaikat mencatat kata-kata yang sia-sia itu. Sayugianya, seseorang itu malu dan tidak menyusahkan malaikat itu. Allah berfirman : "Ingatlah ketika mencatat dua malaikat pencatat amal, satu di kanan dan satu lagi di kiri dalam keadaan duduk. Tiada satu kata pun yang diucapkan (oleh seseorang) melainkan di sisinya ada (dua) malaikat pengawas yang sedia hadir" (Qaaf, 50: 17-18).

Kedua, kitab (buku catatan kedua-dua malaikat tersebut) akan dipersembahkan ke hadrat Allah Taala. Oleh itu, seseorang hamba Allah hendaklah takut kepada Allah dan berhati-hati supaya di dalam kitab itu tidak tercatat kata-kata yang sia-sia.

Diriwayatkan, seorang alim bertemu dengan seorang yang sedang mengeluarkan kata-kata yang keji dan tidak berfaedah. Lalu katanya kepada orang itu, "Amat malang bagimu! Engkau memenuhi kitab yang akan dipersembahkan ke hadrat Allah. Fikirlah sendiri, dengan apa engkau penuhi kitab itu!"

Ketiga, kitab itu akan dibacakan pada hari kiamat di hadrat Allah Malikul-Jabbar dalam perhimpunan paling agung segala manusia di padang Mahsyar pada hari kiamat.

Keempat, hamba Allah yang berkenaan akan mendapat cercaan dan penghinaan kerana kandungan kitabnya penuh dengan kata-kata yang sia-sia itu. Tiada lagi hujah baginya untuk membela diri.

Marilah kita mempersiapkan diri dalam menghadapi Ramadhan yang bakal tiba, agar dapat bermujahadah mengawal pertuturan dari yang haram dan sia-sia. Moga amalan kita sepanjang Ramadhan khususnya puasa akan diterima Allah sebagai amal soleh.

Ingatlah pesanan Rasulullah

كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ وَكَمْ مِنْ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

"Berapa ramai orang puasa hanya mendapatkan lapar; dan berapa banyak orang yang mendirikan ibadah di malam hari, hanya mendapatkan penat saja." (HR. Ahmad) 

Nota ini hasil dari status Mohd Fadli Yusof http://www.facebook.com/mfadli11/posts/2322261055616

محمد فضلي بن يوسف
25 Syaaban 1432H
27 Julai 2011
 ____________________________________________________________________________________________________________
Harap dapat menambah ilmu dan 'awareness' kepada kita semua terutamanya si penulis yang 'mengcopy and paste' ini. Wallahu'alam....

Friday, July 22, 2011

Sifat Allah itu As-Saami'..

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Hari ini, 19 Julai 2011, sudah masuk hari ke enam saya ber'volunteer' di KELCHEF 2011. Tertarik hati ini untuk berkongsi pengalaman yang meninggalkan kesan di hati ini.

Point Pertama.
Sejak dari sekolah menengah lagi saya rasa sangat sensitif apabila sesuatu perkara itu berkaitan tentang Palestin. Saya cuba menjiwai perasaan saudara-saudara saya di sana. Selalu terkenangkan bagaimana keadaan mereka tika mana kita sedang bersenang-senang di Malaysia, 'membuncitkan perut', sedangkan mereka terpaksa 'mengikat perut'. Ya! Memang saya nak sangat-sangat dapat ke sana, melihat sendiri dengan mata saya perjuangan yang sedang mereka lakukan. Saya nak sangat mendalami sejarah yang berlaku di Palestin. Saya nak melakukan sesuatu untuk mereka di sana.

Tetapi, dengan kemewahan, kesenangan, dan nikmat yang kita dapat di Malaysia ni, sentiasa menyebabkan saya terleka semula tentang perjuangan saudara-saudara Palestin. Acap kali saya menagis kerana mereka, dan acap kali juga saya terlupakan mereka. Kadang-kadang saya rasa bersalah dengan mereka dan kepada Allah. Sentiasa saya berdoa kepada Allah, "YA ALLAH, BERILAH PELUANG KEPADA HAMBAMU INI UNTUK MENYUMBANGKAN SESUATU KEPADA SAUDARA-SAUDARA KU DI PALESTIN".

Lama saya menunggu peluang untuk membantu mereka. Maksud membantu tu, bukan through internet, i want it to be through the real world. Ingat tak saya punya post sebelum ni? Saya mengharapkan perkara yang saya buat di KELCHEF tu dapat merapatkan hubungan saya dengan Allah. ALLAHU ALLAH.. Sedang saya bertugas sebagai penyambut tetamu, datang wakil dari persatuan yang terlibat dengan Palestin membawa tabung. Mereka meminta tolong saya dan Kak Saedatul untuk memohon sumbangan dari orang ramai dan mengedarkan phamplet Palestin. Siap dapat mafla Palestin free lagi! Allahu Allah..

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Minta dengan Allah dengan hati yang tulus dan benar-benar mahu. Kot-kot mana pun, suatu hari nanti Allah pasti menjawab permohonan anda semua. Allah sangat tajam penglihatanNYA dan tajam pendengaranNYA.

Point kedua.
Dah lama saya nak berbual dengan muallaf. Tak tau kenapa hati ni rasa teringin benar mendengar mereka berkata-kata, bertanya pengalaman mereka. Sekali lagi, bukan melalui internet atau alam maya, tapi bertemu mata sendiri dengan mereka, di alam nyata.

"Seronoknya kalau dapat berbual dengan muallaf", kata hati ini. Selalu juga saya bermonolog sendirian mengenai perkara ini. Allah Maha Mendengar! Hari keempat saya di KELCHEF, Allah makbulkan impan saya. Lepas solat maghrib, saya dan Kak Saedatul makan malam kat satu meja dalam food court tu. Masa tu memang semua meja penuh. Lama juga kitorang cari meja untuk duduk. Dah dapat satu, apa lagi, cepat-cepat duduk dan makan. Ketika sedang makan, datang seorang Uncle, muka macam Cina dan dia berkopiah.

"Boleh duduk sekali tak? Tak ada meja kosong", kata Uncle tu.
"Boleh-boleh. Duduk la Uncle", kata Kak Saedatul. Saya pun cakap juga, sambil tersenyum...(n_n"

Kemudian kami makan dan sambil tu berbual.

"Uncle dududk kat mana?"
"Pengkalan Chepa, dengan dengan kawasan industri."
"Ooo..saya pun duduk kat Pengakalan Chepa jga Uncle," saya mencelah.

Banyak juga yang kami bualkan. Ringakasan daripada perbualan kami, Uncle tu namanya Radzi. Dia sedang belajar di Institut Da'wah Islamiyah Perkim (IDIP). Uncle sebenarnya dari Perak, datang ke Kelantan semata-mata nak mendalami Islam. Uncle ada dua orang anak dan isteri. But they are not Muslim yet. InsyAllah, one day, they will. Satu perkara yang perlu di highlight di sini, Uncle kata:

"Uncle datang Kelantan ni, rasa lain. Rasa aman je. Islam dia wara'. Kat tempat lain pun ada Islam, tapi Islam dia tak wara' macam dekat Kelantan."

Subhanallah... Ni pandangan seorang muallaf. Mula-mula saya rasa macam biasa je Kelantan ni. Tapi saya dah jumpa dua orang yang bukan dari Kelantan mengatakan perkara yang sama. Eh, silap! 3 orang rasanya. 2 Islam dan seorang muallaf.

Uncle berharap suatu hari nanti, anak-anak dan isterinya akan memeluk Islam. Banyak perkara yang saya pelajari dari Uncle. Kejadian secara kebetulan atau tidak dirancang ini menambahkan keyakinan saya yang Allah memang Maha Mendengar. As-Saami'..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Positive expectation is the key point!

Kenapa saya ingin kongsikan pengalaman saya ini? Saya ingin menyebarkan kepada semua saudara-saudara Islam saya yang bahawasanya Allah memang mendengar permohonan, permintaan, pengaduan kita. Kita perlu yakin perkara ini. Jika ada sesuatu hajat, mohonlah kepada Allah. Think positively towards Allah. Sesungguhnya Allah itu lebih dekat dengan kamu daripada urat di leher mu.

Siapakah aku dihadapanMu Ya Rabb...

Tuesday, July 19, 2011

kebetulan yang perlu difikirkan..

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, hari ni, 17hb Julai, cukup 3 hari saya bekerja sebagai sukarelawan di Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KELCHEF) 2011. Ada pengalaman yang saya nak kongsi bersama pembaca sekalian..(n_n"

Saya bekerja dibawah unit PAPA TANGO atau kata mudahnya PENYAMBUT TETAMU. Kerja saya kena SENYUUUUUUM je memanjang. Kena berdiri kat ENTRANCE INTERNATIONAL FOOD COURT. Hari ni saya rasa lebih letih dari 2 hari lepas. Ntah la. I don't know why. Maybe the motivation is declining. Kitorang kena gilir-gilir kalau nak solat. Jadi, tadi masa waktu maghrib, saya ke surau 'berdekatan' dengan KAK SAEDATUL. Macam biasa, I need to go to the toilet first. Tengah syok2 dalam tandas, AIR TARAK (takde) MAA! Huaaaaaa!! Den tak sompet (sempat) nak beristinjak betul2 lagi ni! 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan pertama.
Tengah 'fenin2' (pening2) dalam tandas tu, ALHAMDULILLAH, rupa-rupanya ada AIR DALAM BALDI kat dalam tandas tu. Eh,eh,eeeeh! "Nasib baik orang yang guna tandas ni dulu isi air dalam baldi ni," saya bermonolog dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas habis istinjak, saya pun 'fenin' semula, how to take ablution @ macamana nak ambil wudhu? I waited for some minutes, hoping there will be water again. But no.. Kak Saedatul cakap, boleh gi ambil wudhu kat luar. Paip tu ada kat luar pagar masjid. Saya pun bertekad la ni nak gi ambil wudhu kat situ. Tapi Kak Saedatul kata, kawasan tu terbuka! Masa nak jalan keluar tu, terdetik dalam hati, "Eh, macamana dengan budak2 laki yang lalu-lalang? Aurat perlu dijaga!,". Saya pun patah balik ke surau. Masuk semula ke tandas with the same hope.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan kedua.
Hati sentiasa meminta2 kepada Allah, "Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMu yang lemah ini" "Najihah, don't worry, there must be something Allah want to teach you." Tengah menunggu air tu, ada seorang perempuan, juga VOLUNTEER GREEN-V, menghulurkan sebotol air sambil bertanya, "Nok amek air maye ko?". Saya jawab, "Ho,awok amek doh ko?". Dia balas, "Nah, amek la air ni. Wat wudhu,". "Timo kasih..(n_n". Ya Allah, really, ALLAH DID HELP ME. Allahu Allah...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

I performed my solah. I feel really tired for the work I've done and the thing that's just happened. Jalan lambat2 ke tempat saya bertugas. At the same time, I keep reminded myself that Allah want to teach you something. "Allah, give me strength to perform my duty and please, i hope that what i am doing now can make me become more closer to you and Rasulullah." Quite sad at that time.... Allah letihnye.. Ceriakanlah aku..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kebetulan ketiga.
Tengah jalan2 tu, ternampak ABANG BADUT yang sedang dikelilingi kanak-kanak. Abang Badut tu buat belon percuma kat siapa-siapa yang nak. Saya pun berhenti kat tempat diorang. Mereka sedang 'berhalaqah', bersama-sama buat belon. Kanak-kanak tolong bagi belon dan tolong pamkan belon. Abang Badut bentukkan belon tu kepada berbagai-bagai bentuk yang comel..(n_n"

"Kakak nak apa? Nak bunga mawar ke, rama-rama?
"Rama-rama."

Dia buatkan belon rama-rama kat saya! It made me feel really happy! Hilang semua penat saya. Lepas tu dia minta sorang adik perempuan berikan belon tu kat saya nad cakap "IKHLAS MEMBANTU", then she kissed at my cheek! Subhanallah... This really give me a strong feeling that Allah has a very sensitive hearing. I told you, Allah has something to show you!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyakkan kebetulan dalam hidup kita? Saya sangat yakin Allah sentiasa mendengar what we said in our heart. Mintalah dengan hati yang betul2 mahukan pertolongan Allah. Surely He will give you. It's just sooner or latter.

Pengalaman sebagai sukarelawan memang banyak mengajar saya erti tawakkal, sabar, positive thinking. Saya ceritakan pengalaman-pengalaman ini sebagai bukti kepada sahabat-sahabat bahawa ALLAH MEMANG WUJUD. Allah sangat baik kepada kita. Jom kita cuba jadi orang baik!

Saturday, July 16, 2011

bila ORANG HEBAT berbicara!!

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, rasa terbuka hati nak menulis sedikit pengalaman yang ana dapat semasa menyertai program National Ibnu Sina Conference (NICE) 2011 baru-baru ini di Kem Kijang,Kelantan. Untuk penegetahuan, program ni adalah dibawah Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan khusus untuk para pelajar dalam bidang kesihatan.

Pengisian dalam program ni sangat syok! Paling SYIOK adalah slot bersama PROF. DR. MUHAYA. Ana sure kebanyakan kita mengenali beliau. Beliaulah yang ana maksudkan sebagai 'orang hebat' di atas. Sepanjang 3 jam slot bersama beliau, TAK MENGANTUK LANGSUNG! Sentiasa bersemangat dan 'menyebarkan semangat' beliau kepada kami semua! Sedikit perkongsian dari Dr. Muhaya:

bergambar dgn Dr. Muhaya atas pentas.


PENGALAMAN DR MUHAYA.
Actually, ana tak pandai sangat menulis ni. But I'll try my best.

1) Dr. ada ceritakan pengalaman beliau dgn seorang pesakit yang beliau operate. Ana tak pasti samada Dr. cakap dialog ni dengan patient tu atau penjaga patient tu. Pesakit tu berterimakasih dengan dr. Tapi apa yang dr balas balik, "BUKAN SAYA YANG OPERATE, SEMUA ALLAH YANG BUAT, SAYA CUMA ALAT". Sangat humble. Dr. kembalikan semua kejayaan beliau kepada Allah.

2) Dr. selalu mengingatkan kami supaya menjadi seorang PROFESIONAL MUSLIM or THE AMBASSADOR OF ISLAM. Pengalaman ni dr cerita berlaku di sebuah hospital luarnegara yang dr pernah berkerja. Ada sorang auntie ni, umur dalam lingkungan 70-an, jumpa dengan dr. Kiranya auntie ni patient Dr. la. Berikut adalah dialog antara mereka yang menyebabkan ana rasa 'RA',ore qlate kato:

AUNTIE: DOC, I'VE BEEN VISITING THIS HOSPITAL FOR 39 YEARS,AND YOU ARE THE NICEST DOCTOR I HAVE MET.
DR.MUHAYA: YOU KNOW WHY? IT'S BECAUSE I AM A MUSLIM.

Allahu Allah... raso 'ra' dok? So, remember my dear friends, we are the AMBASSADOR OF ISLAM. We can implement ISLAMIC TEACHING even in our health field.

3) Ada sorang patient ni, kalau ana x silap, dia ada penyakit katarak, or apa2 penyakit yang berkaitan dengan mata la. Lama dia dirawat di hospital tu. Kalau ana x silap lagi, tiada seorang saudara-mara pun yang datang melawat dia. Doktor-doktor datang kat dia, check apa yang patut, then, that's all. Buat kerja as an ordinary doctor should do. Tiba la turn Dr. Muhaya check patient ni. Dr. Muhaya tengok mata dia, nampak KOSONG. Dr. DAPAT TENGOK JIWA PATIENT TU SANGAT KOSONG hanya melalui mata dia. Dr. pun check macam biasa, then, Dr. pegang tangan dia, tengok ke dalam mata patient tu and said, "PAK CIK, INSYAALLAH SEMUA AKAN SELAMAT. PENYAKIT DUNIA NI HANYA SEMENTARA". At the same time DOC. senyum kat patient tu. Tau tak apa yang jadi? Patient tu terus mengalirkan air mata. Dr. kata, kebanyakan doktor yang merawat dia hanya merawat fizikal patient tu sahaja. Tak ramai doktor yang merawat jiwa seorang pesakit.


Motivational words.
Dr. sangat stress on BE POSITIVE PERSON. Formula yang Dr. kongsikan:
1) +VE THOUGHT -----> +VE FEELING -----> +VE ACTION -----> +VE REACTION
Bila perbuatan kita adalah perbuatan positif, atau akhlak mahmudah, Dr. percaya reaction atau tindakbalas dari orang sekeliling juga pasti positif. Senang je perkiraan Dr. 

2) KAMU JAGA URUSAN AKHIRAT, ALLAH AKAN JAGA URUSAN DUNIAMU.
Kalau kita bayar zakat contohnya, tak kedekut, takkan Allah tak jaga rumah kita dari di masuki pencuri? Kenapa dalam banyak2 rumah tu, Allah celikkan mata pencuri tu kat rumah kita? Pasti ada sebabnya.

3) KALAU NAK BETULKAN DUNIA LUAR, BETULKAN DUNIA DALAM DIRI KITA DULU.
Macam buah buruk, kita mesti nak betulkan akar pokok tu, bukan polish buah tu. Berbalik kepada formula kat atas, be positive, you'll get the same. InsyaAllah!

4) PEOPLE AROUND YOU ALSO AFFECT YOUR ENERGY.
Meaning to say, we can affect other's energy too. So, if we are bringing positive energy in us, we will spread positive energy to others and vice versa. Same goes with negative energy.


STORY OF TOK GURU NIK AZIZ.
You know, Dr. Muhaya also told us sth about Tok Guru.
Tok Guru dan reporter kat rumah Tok Guru untuk satu wawancara. Suddenly:
Reporter: Tok Guru, ada semut api (kat luar rumah).
Tok Guru pun masuk dalam. What do you think Tok Guru will take? Shieldtox? Ridsect? NO3x!Instead, Tok Guru gi amek GULO/GULA. Apa Tok Guru buat dengan gula tu agaknya? Tok Guru tabur gula tu dari tempat semut api tu ada, tabuuuuuuuur sampai ke pokok kat luar rumah tu..(n_n" Kemudian Tok Guru jemput reporter masuk rumah. Habis wawancara, masa reporter tu nak balik, semut api tu dah takde dah. KREATIF X TOK GURU? I think this is CUTE!
Dr. Muhaya pesan, we must respect all living things. And Tok Guru has shown a good example for us.

Pengalaman Dr. Muhaya mendengar ceramah Tok Guru, "kito hidup ni, biar bilo oghe tengok, teringat Allah"..(n_n"


Itu sahaja ana rasa nak kongsi dengan kawan2 semua. Sebenarnya banyak lagi nak dikongsikan. Tapi takut kalau panjang2 nanti, x fokus pulak apa yang ana nak sampaikan sebenarnya. Lastly, pesanan Dr. Muhaya ni kita semua perlu pegang. BE VERY BEST IN YOUR FIELD. Maksudnya, kalau belajar, belajar sungguh oghe qlate kato (sungguh tu ado sabdu deh). Moga kita semua dapat manfaat and most importantly, moga2 kita dapat practisekan dalam kehidupan kita. 

Wallahu a'lam..

pss: dalam NICE hr tu, kitorang turun padang. pergi melawat rumah orang2 sakit terlantar dan kitorang buat check up kat pesakit tu sendiri. memang macam doktor betul la.sape nak join NICE, tahun dpn ada lagi. InsyaAllah buat kat KL. plak. 

kat rumah pesakit
haza min fadhli rabbi...Allah sangat baik..(n_n"