Friday, July 22, 2011

Sifat Allah itu As-Saami'..

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian..
Hari ini, 19 Julai 2011, sudah masuk hari ke enam saya ber'volunteer' di KELCHEF 2011. Tertarik hati ini untuk berkongsi pengalaman yang meninggalkan kesan di hati ini.

Point Pertama.
Sejak dari sekolah menengah lagi saya rasa sangat sensitif apabila sesuatu perkara itu berkaitan tentang Palestin. Saya cuba menjiwai perasaan saudara-saudara saya di sana. Selalu terkenangkan bagaimana keadaan mereka tika mana kita sedang bersenang-senang di Malaysia, 'membuncitkan perut', sedangkan mereka terpaksa 'mengikat perut'. Ya! Memang saya nak sangat-sangat dapat ke sana, melihat sendiri dengan mata saya perjuangan yang sedang mereka lakukan. Saya nak sangat mendalami sejarah yang berlaku di Palestin. Saya nak melakukan sesuatu untuk mereka di sana.

Tetapi, dengan kemewahan, kesenangan, dan nikmat yang kita dapat di Malaysia ni, sentiasa menyebabkan saya terleka semula tentang perjuangan saudara-saudara Palestin. Acap kali saya menagis kerana mereka, dan acap kali juga saya terlupakan mereka. Kadang-kadang saya rasa bersalah dengan mereka dan kepada Allah. Sentiasa saya berdoa kepada Allah, "YA ALLAH, BERILAH PELUANG KEPADA HAMBAMU INI UNTUK MENYUMBANGKAN SESUATU KEPADA SAUDARA-SAUDARA KU DI PALESTIN".

Lama saya menunggu peluang untuk membantu mereka. Maksud membantu tu, bukan through internet, i want it to be through the real world. Ingat tak saya punya post sebelum ni? Saya mengharapkan perkara yang saya buat di KELCHEF tu dapat merapatkan hubungan saya dengan Allah. ALLAHU ALLAH.. Sedang saya bertugas sebagai penyambut tetamu, datang wakil dari persatuan yang terlibat dengan Palestin membawa tabung. Mereka meminta tolong saya dan Kak Saedatul untuk memohon sumbangan dari orang ramai dan mengedarkan phamplet Palestin. Siap dapat mafla Palestin free lagi! Allahu Allah..

Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan? Minta dengan Allah dengan hati yang tulus dan benar-benar mahu. Kot-kot mana pun, suatu hari nanti Allah pasti menjawab permohonan anda semua. Allah sangat tajam penglihatanNYA dan tajam pendengaranNYA.

Point kedua.
Dah lama saya nak berbual dengan muallaf. Tak tau kenapa hati ni rasa teringin benar mendengar mereka berkata-kata, bertanya pengalaman mereka. Sekali lagi, bukan melalui internet atau alam maya, tapi bertemu mata sendiri dengan mereka, di alam nyata.

"Seronoknya kalau dapat berbual dengan muallaf", kata hati ini. Selalu juga saya bermonolog sendirian mengenai perkara ini. Allah Maha Mendengar! Hari keempat saya di KELCHEF, Allah makbulkan impan saya. Lepas solat maghrib, saya dan Kak Saedatul makan malam kat satu meja dalam food court tu. Masa tu memang semua meja penuh. Lama juga kitorang cari meja untuk duduk. Dah dapat satu, apa lagi, cepat-cepat duduk dan makan. Ketika sedang makan, datang seorang Uncle, muka macam Cina dan dia berkopiah.

"Boleh duduk sekali tak? Tak ada meja kosong", kata Uncle tu.
"Boleh-boleh. Duduk la Uncle", kata Kak Saedatul. Saya pun cakap juga, sambil tersenyum...(n_n"

Kemudian kami makan dan sambil tu berbual.

"Uncle dududk kat mana?"
"Pengkalan Chepa, dengan dengan kawasan industri."
"Ooo..saya pun duduk kat Pengakalan Chepa jga Uncle," saya mencelah.

Banyak juga yang kami bualkan. Ringakasan daripada perbualan kami, Uncle tu namanya Radzi. Dia sedang belajar di Institut Da'wah Islamiyah Perkim (IDIP). Uncle sebenarnya dari Perak, datang ke Kelantan semata-mata nak mendalami Islam. Uncle ada dua orang anak dan isteri. But they are not Muslim yet. InsyAllah, one day, they will. Satu perkara yang perlu di highlight di sini, Uncle kata:

"Uncle datang Kelantan ni, rasa lain. Rasa aman je. Islam dia wara'. Kat tempat lain pun ada Islam, tapi Islam dia tak wara' macam dekat Kelantan."

Subhanallah... Ni pandangan seorang muallaf. Mula-mula saya rasa macam biasa je Kelantan ni. Tapi saya dah jumpa dua orang yang bukan dari Kelantan mengatakan perkara yang sama. Eh, silap! 3 orang rasanya. 2 Islam dan seorang muallaf.

Uncle berharap suatu hari nanti, anak-anak dan isterinya akan memeluk Islam. Banyak perkara yang saya pelajari dari Uncle. Kejadian secara kebetulan atau tidak dirancang ini menambahkan keyakinan saya yang Allah memang Maha Mendengar. As-Saami'..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Positive expectation is the key point!

Kenapa saya ingin kongsikan pengalaman saya ini? Saya ingin menyebarkan kepada semua saudara-saudara Islam saya yang bahawasanya Allah memang mendengar permohonan, permintaan, pengaduan kita. Kita perlu yakin perkara ini. Jika ada sesuatu hajat, mohonlah kepada Allah. Think positively towards Allah. Sesungguhnya Allah itu lebih dekat dengan kamu daripada urat di leher mu.

Siapakah aku dihadapanMu Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment