Saturday, July 16, 2011

bila ORANG HEBAT berbicara!!

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, rasa terbuka hati nak menulis sedikit pengalaman yang ana dapat semasa menyertai program National Ibnu Sina Conference (NICE) 2011 baru-baru ini di Kem Kijang,Kelantan. Untuk penegetahuan, program ni adalah dibawah Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan khusus untuk para pelajar dalam bidang kesihatan.

Pengisian dalam program ni sangat syok! Paling SYIOK adalah slot bersama PROF. DR. MUHAYA. Ana sure kebanyakan kita mengenali beliau. Beliaulah yang ana maksudkan sebagai 'orang hebat' di atas. Sepanjang 3 jam slot bersama beliau, TAK MENGANTUK LANGSUNG! Sentiasa bersemangat dan 'menyebarkan semangat' beliau kepada kami semua! Sedikit perkongsian dari Dr. Muhaya:

bergambar dgn Dr. Muhaya atas pentas.


PENGALAMAN DR MUHAYA.
Actually, ana tak pandai sangat menulis ni. But I'll try my best.

1) Dr. ada ceritakan pengalaman beliau dgn seorang pesakit yang beliau operate. Ana tak pasti samada Dr. cakap dialog ni dengan patient tu atau penjaga patient tu. Pesakit tu berterimakasih dengan dr. Tapi apa yang dr balas balik, "BUKAN SAYA YANG OPERATE, SEMUA ALLAH YANG BUAT, SAYA CUMA ALAT". Sangat humble. Dr. kembalikan semua kejayaan beliau kepada Allah.

2) Dr. selalu mengingatkan kami supaya menjadi seorang PROFESIONAL MUSLIM or THE AMBASSADOR OF ISLAM. Pengalaman ni dr cerita berlaku di sebuah hospital luarnegara yang dr pernah berkerja. Ada sorang auntie ni, umur dalam lingkungan 70-an, jumpa dengan dr. Kiranya auntie ni patient Dr. la. Berikut adalah dialog antara mereka yang menyebabkan ana rasa 'RA',ore qlate kato:

AUNTIE: DOC, I'VE BEEN VISITING THIS HOSPITAL FOR 39 YEARS,AND YOU ARE THE NICEST DOCTOR I HAVE MET.
DR.MUHAYA: YOU KNOW WHY? IT'S BECAUSE I AM A MUSLIM.

Allahu Allah... raso 'ra' dok? So, remember my dear friends, we are the AMBASSADOR OF ISLAM. We can implement ISLAMIC TEACHING even in our health field.

3) Ada sorang patient ni, kalau ana x silap, dia ada penyakit katarak, or apa2 penyakit yang berkaitan dengan mata la. Lama dia dirawat di hospital tu. Kalau ana x silap lagi, tiada seorang saudara-mara pun yang datang melawat dia. Doktor-doktor datang kat dia, check apa yang patut, then, that's all. Buat kerja as an ordinary doctor should do. Tiba la turn Dr. Muhaya check patient ni. Dr. Muhaya tengok mata dia, nampak KOSONG. Dr. DAPAT TENGOK JIWA PATIENT TU SANGAT KOSONG hanya melalui mata dia. Dr. pun check macam biasa, then, Dr. pegang tangan dia, tengok ke dalam mata patient tu and said, "PAK CIK, INSYAALLAH SEMUA AKAN SELAMAT. PENYAKIT DUNIA NI HANYA SEMENTARA". At the same time DOC. senyum kat patient tu. Tau tak apa yang jadi? Patient tu terus mengalirkan air mata. Dr. kata, kebanyakan doktor yang merawat dia hanya merawat fizikal patient tu sahaja. Tak ramai doktor yang merawat jiwa seorang pesakit.


Motivational words.
Dr. sangat stress on BE POSITIVE PERSON. Formula yang Dr. kongsikan:
1) +VE THOUGHT -----> +VE FEELING -----> +VE ACTION -----> +VE REACTION
Bila perbuatan kita adalah perbuatan positif, atau akhlak mahmudah, Dr. percaya reaction atau tindakbalas dari orang sekeliling juga pasti positif. Senang je perkiraan Dr. 

2) KAMU JAGA URUSAN AKHIRAT, ALLAH AKAN JAGA URUSAN DUNIAMU.
Kalau kita bayar zakat contohnya, tak kedekut, takkan Allah tak jaga rumah kita dari di masuki pencuri? Kenapa dalam banyak2 rumah tu, Allah celikkan mata pencuri tu kat rumah kita? Pasti ada sebabnya.

3) KALAU NAK BETULKAN DUNIA LUAR, BETULKAN DUNIA DALAM DIRI KITA DULU.
Macam buah buruk, kita mesti nak betulkan akar pokok tu, bukan polish buah tu. Berbalik kepada formula kat atas, be positive, you'll get the same. InsyaAllah!

4) PEOPLE AROUND YOU ALSO AFFECT YOUR ENERGY.
Meaning to say, we can affect other's energy too. So, if we are bringing positive energy in us, we will spread positive energy to others and vice versa. Same goes with negative energy.


STORY OF TOK GURU NIK AZIZ.
You know, Dr. Muhaya also told us sth about Tok Guru.
Tok Guru dan reporter kat rumah Tok Guru untuk satu wawancara. Suddenly:
Reporter: Tok Guru, ada semut api (kat luar rumah).
Tok Guru pun masuk dalam. What do you think Tok Guru will take? Shieldtox? Ridsect? NO3x!Instead, Tok Guru gi amek GULO/GULA. Apa Tok Guru buat dengan gula tu agaknya? Tok Guru tabur gula tu dari tempat semut api tu ada, tabuuuuuuuur sampai ke pokok kat luar rumah tu..(n_n" Kemudian Tok Guru jemput reporter masuk rumah. Habis wawancara, masa reporter tu nak balik, semut api tu dah takde dah. KREATIF X TOK GURU? I think this is CUTE!
Dr. Muhaya pesan, we must respect all living things. And Tok Guru has shown a good example for us.

Pengalaman Dr. Muhaya mendengar ceramah Tok Guru, "kito hidup ni, biar bilo oghe tengok, teringat Allah"..(n_n"


Itu sahaja ana rasa nak kongsi dengan kawan2 semua. Sebenarnya banyak lagi nak dikongsikan. Tapi takut kalau panjang2 nanti, x fokus pulak apa yang ana nak sampaikan sebenarnya. Lastly, pesanan Dr. Muhaya ni kita semua perlu pegang. BE VERY BEST IN YOUR FIELD. Maksudnya, kalau belajar, belajar sungguh oghe qlate kato (sungguh tu ado sabdu deh). Moga kita semua dapat manfaat and most importantly, moga2 kita dapat practisekan dalam kehidupan kita. 

Wallahu a'lam..

pss: dalam NICE hr tu, kitorang turun padang. pergi melawat rumah orang2 sakit terlantar dan kitorang buat check up kat pesakit tu sendiri. memang macam doktor betul la.sape nak join NICE, tahun dpn ada lagi. InsyaAllah buat kat KL. plak. 

kat rumah pesakit
haza min fadhli rabbi...Allah sangat baik..(n_n"

No comments:

Post a Comment