Wednesday, January 18, 2012

ini kisahku 2...

assalamualaikum my friends...(n_n"
Nak sambung cerita lagi. This time is about exam weeks. Fiuh...

Exam week.
Exam di main camp memang betul2 tak sama masa di CFS dulu. Totally different. Kat CFS dulu, kalau tak dan habis baca (bajet tak sempat la kan) still boleh rasa cool (walaupun tak berapa cool sangat). Tapi kalau the same attitude you bring it here, memang kantoi habis la. Statement yang saya buat ni bunyi seperti terlalu duniawi kan? Maksud saya nampak sangat belajar kerana exam semata-mata. Ye la, bila nak dekat exam baru bersungguh,berpeluh-peluh belajar, stay up, dan sewaktu dengannya. Tapi, saya sekarang lain dari saya yang dulu. Hmmm.. at least saya cuba untuk menjadi seorang pelajar yang lebih baik dan islamic. Scroll ke bawah.....



Dulu saya study memang kerana exam semata. Tapi bila kat CFS, saya diperkenalkan dengan NIAT yang betul untuk study. Kata kakak2 senior dan saing2 hok waro'2, niat belajar perlu kerana Allah. Why? Hmm... saya cuba applykan. Kat CFS saya telah cuba untuk applykan. Ada la sket perubahan. Aaaa... tapi rasanya macam tak menyeluruh lagi. Takpe, at least ade perubahan...kn?

Ok, exam baru-baru ni, saya memang betul2 nak applykan niat yang betul kenapa saya belajar. Saya cuba niatkan macam ni, "Ya Allah, aku menuntut ilmu ni supaya suatu hari nanti aku dapat gunakan ilmu ni untuk membantu saudara-saudaraku. Terutama saudara-saudaraku di Palestin. Aku ingin menyumbang sesuatu untuk Islam. Ya Allah, permudahkanlah dan berkatilah usaha-usahaku ni." Tiap kali rasa lemah semangat, saya peringatkan balik diri tentang niat asal. Hal ni berterusan sepanjang sem hingga habis exam. Alhamdulillah, saya rasa lebih bersemangat. Dan, niat ini juga menjadikan saya seorang yang knowledge oriented. Bukan lagi exam oriented. Aaa.. saya rasa ade lagi habit exam oriented tu, tapi wabak knowledge oriented saya rasakan telah tersebar dalam badan ni. Hua... insyaAllah...

Setiap kali exam, perasaan berdebar tu memang confirm ade. Kecuali bagi orang2 yang memang benar2 bertawakal kepada Allah selepas usahanya yang jitu! Saya bukanlah dalam golongan itu LAGI. Saya orang biasa je, yang nak jadi penyumbang kepada Islam. Ok, berbalik kepada exam week. Saya sangat salute dengan roomate-roomate saya. Moshi, K.Zak, Fatin. Depa sangat cool. Moshi dan K.Zak tak bawa pun note masa nak gi exam hall. Dan depa akan isolate diri dari orang lain. Sebabnya, orang lain semua sibuk baca notes dan bertanya2 dan cakap, "takutnye,nervousnye" dan sewaktu dengannya. Dan saya antara orang-orang tersebut (ahha!). Fatin bawak juga note. Tapi dia cool je. Rasanya lebih cool dari saya. Budak rajin la katakan...

Suatu hari tu Moshi cakap kat saya, "Sebenarnya tak elok kita baca note masa nak exam dan2 dah. Kita akan jadi lebih nervous. Bila nervous, kita mudah lupa. Kecuali la note kita tu ada semua point2 yang kita dah blaja." Dan Moshi cakap lagi, " Sebenarnya kita dah tau semua yang kita dah blaja. Cuma nak kene ingat balik je. Ni cikgu Moshi yang bagi tau." Ooo... patut la Moshi relek je. Rupa-rupanya dia mengamalkan tip-tip yang cikgu dia ajar. Hmmm.. ada logik. Saya nak try, tapi cannot go la (tok leh gi). Still, i need to read my dear notes before exam. Haduyai.... Tapi saya ada sebab untuk teruskan dengan perangai saya ni. Sila scroll ke bawah (kalau x boring lagi la)...

Kak Ika, senior yang saya kenal semasa saya join perjumpaan 'Bulatan Riang' bersama-sama senior2 pharmacy student yang lain. Saya terkesan dengan cerita Kak Ika ni. Dia cerita:

"Pernah sekali tu, time exam, Kak Ika tersalah tengok jadual. Exam sepatutnya pukul 9 pagi, tapi Kak Ika ingat exam pukul 2 petang. Kak Ika pelik tengok kawan2 sanggup tak breakfast untuk study. "Awat depa ni? Masa ada sampai kul 2 kot. Kalut aih..", Kak Ika bermonolog sorang2. "Eh, ke aku salah tengok jadual?", Kak Ika cakap sorang2 lagi. Lepas tu, Kak Ika pun check balik jadual exam. "Ya Allah! Exam kul 9 rupanya!". Masa tu dah pukul 8 lebih. Memang Kak Ika x sempat nak habiskan baca la. Kak Ika dah gelabah dah waktu tu. Tapi Kak Ika cuba tenangkan hati. Kak Ika buat solat Dhuha. Lepas tu doa kat Allah supaya mempermudahkan dan membantu Kak Ika. Allah je la yang tau macamna kalut Kak Ika masa tu. Sebelum exam tu Kak Ika belek2 nota2 yang Kak Ika dah buat. Dalam hati masih sentiasa berdoa. Lepas tu, Kak Ika pun masuk exam. ALHAMDULILLAH! SUBHANALLAH... Kak Ika memang sangat bersyukur sebab yang masuk exam tu ada dalam nota2 yang Kak Ika belek masa last2 minute tadi. Sepanjang exam tu Kak Ika cuma sebut ALHAMDULILLAH je sepanjang Kak Ika menulis."

Macam tu la cerita Kak Ika. Thats why saya tetap dengan notes saya walaupun pada last2 minute. Moga2 Allah melihat usaha saya yang bersungguh untuk memperoleh kejayaan dalam peperiksaan dan memahami ilmu yang saya peroleh. Dan memang ada pun part2 yang last2 minute saya baca sebelum masuk exam hall yang ada dalam exam paper. Alhamdulillah..(n_n" Jadi, my friends, you can choose which tip you want to follow as long as bukan tips for cheating!

Cubalah bangun qiyam sepanjang examination period. Aaaa... nampak macam hipokritkan? Bila time exam je baru la nak bersungguh-sungguh qiamullail. Tapi bukan ke tu juga menunjukkan usaha kita yang bersungguh-sungguh mahukan kejayaan? Tak salahkan? Ni pandangan orang biasa macam saya la. Moga-moga berkat kesungguhan kita bangun qiyam sepanjang exam tu terbawa-bawa sehingga habis exam dan sampai bila-bila. Ameennn..(n_n"

Sebenarnya qiamullail ni menguatkan kita untuk menghadapi tekanan-tekanan pada keesokan harinya. Ada kajian dari seorang doktor dari Indonesia (tapi tak ingat nama.sorry), yang dimana hasil kajiannya menunjukkan orang-orang yang bangun tahajud atau qiyam ni dapat menurunkan paras hormon yang menyebabkan stress dan menguatkan imuniti badan. Hebatkan?! Inilah rahsia untuk menjadi tenang sepanjang hayat. InsyaAllah... Sebab tu la masa Islam mula-mula sampai, Allah wajibkan semua umat Islam yang jumlahnya sangat sedikit je waktu tu, untuk qiamullail. Mereka perlu menghadapi banyak ujian yang sangat berat bagi kita untuk menghadapinya. Menghadapi tekanan dari pihak musuh, kafirun, dan dari sanak-saudara sendiri. Besarkan ujian Rasulullah (Peace be upon him) dan para sahabat?

Last but not least, jangan tinggalkan AL-QURAN, penyejuk hatiku... dan hatimu (confirm! tak tipu!). Dalam al-quran terdapat banyak motivasi yang memang teramatlah sesuai untuk sesiapa pun terutamanya bagi orang-orang yang dalam keadaan tertekan. Allah tu Maha Mendengar my friends! Banyak kali dah saya terkena. Bila tengah tension2 tu, dan bermonolog sorang2, mengadu dengan Allah, buka2 je Quran, tup2 kene batang hidung sendiri. Masa betul-betul tengah tension, sedih dengan tiba-tiba, buka je Quran, ada je ayat-ayat Allah yang memujuk hati ni supaya bersabar........ Meh saya bagi contoh:

Ketahuilah, sesungguhnya milik Allah lah apa yang ada di langit dan di bumi. Dia mengetahui keadaan kamu sekarang.... (al-Furqan: 64)

Dan bertawakallah kepada (Allah) Yang Mahaperkasa, Maha Penyayang. Yang melihat engkau ketika engkau berdiri (untuk solat). Dan (melihat) perubahan gerakan badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sungguh, Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (Asy-Syu'ara': 217-220)

Macam tulah kisahnya sepanjang exam. Banyak lagi sebenarnya. Tapi ni pun rasa macam dah berjela. Bukanlah niat saya untuk menceritakan kebaikan yang ada pada saya. Sekali lagi saya nyatakan, saya hanya orang biasa, tapi mahu sumbangkan sesuatu untuk Islam. Mana yang baik tu, kalau sudi, copy lah. Kalau buruk-buruk tu, tegurlah dengan berhikmah. Sama-sama kita menjadi hamba yang lebih baik...(n_n"

Aaa... ada satu lagu ni jadi trademark saya and roomate2 saya yang bermacam-macam jenis perangainya. Fatin yang promote lagu ni kat kitorang. Dengarla.. Syok jugak! Tajuk dia You Raise Me Up. Lagu orang zaman dahulu kala....(n_n"


Dengar sampai habis tau! Huhu... 

Sampai sini dulu post saya kali ni. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah akan ada sambungan lagi. Haza min fadhli Rabbi.....siapa kita dihadapan Allah....

No comments:

Post a Comment