Tuesday, February 28, 2012

ini kisah kami 3 (last2!)

assalamualaikum kawan2!
Maaf sangat-sangat lambat update blog ni. Tak tau lah kenapa masa cuti hari tu kurang sket mood nak menulis ni. Very sorry to my friend Syarifah Aqilah. Tak tau plak ada yang follow blog ni. Menulis sekadar yang termampu. Menulis kerana teringin untuk berdakwah. Moga-moga ada manfaatnya kepada pembaca dan menulis ni juga memberi peringatan buat diri yang selalu lupa ni. Moga Allah sentiasa memperingati.

Ok! Nak start cerita dah ni. Last ni nak cerita tentang kegumbiraan kami selepas exam habis. Rasa kelakar plak. Sebab sekarang ni dah 4 minggu sem 2 buka. Baru tergedek-gedek nak cerita pasal sem lepas punya. Takpe2. Asalkan bermanfaat dan menceriakan. InsyaAllah...(n_n"

Sebenarnya sebelum habis exam lagi saya dan 3 orang roomate saya yang comel2 plan aktiviti lepas habis exam. Minggu first exam lagi kot! Huhu... Sebenarnya kami buat macam tu untuk mengurangkan stress mengulangkaji. Tengah-tengah stress, bila teringatkan aktiviti yang kami nak buat, terus tersengih bahagia. Hehe... Ape agaknya kami punya plan? Jeng, jeng, jeng!

"NANTI DAH HABIS EXAM, KITA TERUS KELUAR GI BELI BARANG-BARANG PICNIC. KITA BELI ROTI, MAKAN2 KAT PANTAI TELUK CEMPEDAK SAMBIL TENGOK SUNRISE. SYOKNYE! LEPAS TU ESOK TU KITE GI SOLAT SUBUH KAT MASJID. BAWAK BARANG2 PICNIC TERUS. LEPAS HABIS SOLAT SUBUH TERUS JE KITE GI TELUK CEMPEDAK. WIHHI! TAK SABAR, TAK SABAR!"

Ni la kami punya plan. Hehehe... Berangan. Kak Zakirah punya idea la ni. Kami semua tolong tokok tambah mana-mana yang patut...(n_n"

Tapi apakan daya.. Manusia merancang, Allah juga merancang, dan SESUNGGUHNYA PERANCANGAN ALLAH ITULAH YANG TERBAIK. Kenapa? Sebab Allah pencipta kita...(n_n" Kenapa saya bilang begitu? Sebab tak jadi plan kami tu. Semuanya gara-gara hujan. Sebab tu la saya kata 'berangan' kat atas tadi. Plan tapi tak terfikir plak musim hujan masa tu. La baksa ya sodiqoti...(n_n"

Disebabkan tak menjadi plan tu, kami buat plan lain plak! Hihih... Memang semangat roomate-roomate saya ni. Kita jangan berputus asa bila sesuatu perancangan tu tak menjadi. Cuba tengok dari sudut lain plak. Mesti boleh punya nak buat plan lain, yang sama seronok dan meng'excited'kan! Plan kami yang kedua macam ni:

"HABIS EXAM JE TERUS GI TABARI. KITE GI TENGOK BILIK N LAP2 DEBU. LEPAS TU ESOK PAGI HARI KHAMIS KITA PUNGGAH BARANG2. LEPAS TU MALAM TU KITE GI MAKAN PIZZA! WIHHI!"

Ni idea kami semua. Sedih.. kami budak farmasi kena halau dari mahallah Maimunah. Tapi saya tak kisah pun sebab yakin semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..(n_n" Kami habis exam hari Rabu, punggah barang-barang hari Khamis. Kebetulan pula masa duk punggah tu hujan turun agak lebatlah juga. Memang lencun habis baju kami semua. Nak buat macamana..dah nasib badan. Saya kata kat roomates, "Bumi Maimunah menangisi pemergian kita." (-.-!) huh... memang lencun habis. Sabar itu separuh dari iman.

Aktiviti memunggah selesai nak dekat maghrib. Sebab lapar punya pasal, kami semua beli burger kat Tabari walaupun malam tu nak gi makan pizza (seronok nye! \^,^/). Balik bilik mandi-mandi, solat maghrib, kami pun chiow ke pizza hut di ECM. Kami tempah pizza yang 3 layer cheese tu! Uh!Sodap jang! Nasi cheese pun tempah. First time rasa nasi cheese ni. Memang sodap! Kak Zakirah makan sampai tersandar! Hehehe... Sambil makan kami ambil gambar juga. Moshi punye camera. Jom tengok kegumbiraan yang jelas terpampang di wajah kami...(\^,^/)

menu kami..

menu kami (\^,^/)

K.A.M.I
Nak letak banyak lagi gambar sebenarnya. Tapi tak elok rasanya kalau gambar muslimah terserlah kejelitaannya dan ditonton oleh lelaki ajnabi. Bukan nak memuji, tapi bukankah Allah dah menjadikan wanita itu cantik semuanya dipandangan kaum Adam? Jadi saya terpaksa tak nak letak gambar kawan-kawan saya yang comey lootte ni. Hihihi... Biarlah kami-kami aje yang tengok gambar wajah kami yang ceria dan bahagia tu. Sape nak tengok boleh minta ngan saya sendiri ye. Yang rasa diri dia muslimah je la ek. Peace no war!

Sampai kul 10 kami duk makan-makan. Rasanya semua orang yang lalu kat meja kami akan tengok kat kami. "Excited nye budak-budak ni," agaknya lebih kurang macam ni lah diorang punye dialog. Hoho! Biasala, kanak-kanak baru lepas merdeka sekejap...(\^_^/)

Begitulah penutup sem 1 kami. Memang banyak sangat pengalaman yang mendewasakan saya dan sahabat-sahabat. Sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu kejadian itu dengan sebab dan hikmah. Disebalik apa yang berlaku, pasti ada pengajaran yang Allah akan berikan kepada kita makhluk yang lemah ni. Teruskan berjuang walau apapun yang berlaku. Teruskan melangkah memperbaiki dirimu. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar. Terima kasih Ya Allah atas segalanya, nikmat dan dugaan yang Kau berikan. Terima kasih juga kerana memberikan hambaMu ini kekuatan untuk terus melangkah......

Sekian...nanti kita sambung benda lain punya plak. Tentang sem baru yang penuh dengan kejutan dan mujahadah! InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment