Monday, January 16, 2012

ini kisahku...

bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum kawan-kawan...(n_n"
lama saya x update blog ni. Maaf... Banyak perkara yang berlaku sepanjang sem pertama sebagai pelajar farmasi, menyebabkan saya rasa kekangan masa untuk meng'update' blog ni. Biyannae.. Now, i've time to update this blog, with benefit things, insyaAllah.... (sbb cuti skrg ni!yippi!) Baaaaanyaak betol perkara yang saya belajar sepanjang 4 bulan as a struggling pharmacy student. Fuh! Memang course ni sangat tough. X tipu! (untuk orang 'medium' macam saya la...in term of IQ) Tapi, i know, Allah want to teach me something...

Akademi Al-Fateh.
Ada sebuah program anjuran SRC IIUM, nama dia macam tajuk kat atas. Saya join program ni dengan satu tujuan, untuk lebih mengenali potensi diri ataupun untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang diri sendiri. Sebabnya, saya rasa selalu confuse dengan identiti diri sendiri. Bunyi macam bahaya x? Tapi bukan kecelaruan gender ye! hehe.. Dan saya rasa, mesti ada lagi kawan-kawan saya yang rasakan perkara yang sama. Ntahla.. Jadi dengan matlamat yang jelas ni, saya pun ikut la program ni dengan semangat yang berkobar-kobar... huh!

Tapikan, tak tau la kenapa, sepanjang pagi dan petang hari pertama program, saya rasa macam lost. 'Betol ke x keputusan untuk ikut program ni?', detik hati. Almaklumlah, balik je bilik tengok roomate semua tengah study, siapkan report, siapkan apa2 yang perlulah. Rasa tergugat sket. Eh, bukan sikit, banyak jugak la (huh..). Bila time solat tu, saya pun berdoalah dengan bersungguh-sungguh, 'Ya Allah, aku berusaha untuk menjadi hamba yang hebat kerana Islam. Aku cuba menjadi hebat untuk Islam. Kuatkanlah aku Ya Allah.' Bersungguh-sungguh ni! Bukan lepas solat je, masa2 lain pun benda yang sama saya bisikkan dalam hati, yang hanya Allah je yang mendengar. Kan Allah tu Maha Halus, Dia tau setiap lintasan hati hamba-hambaNya.

Menangis jugak saya masa dalam keadaan yang confuse tu. Sebenarnya, perkara ni sangat mengganggu sebab, prestasi pelajaran saya kurang syok. Jadi saya sebenarnya risaukan pelajaran saya. Tapi still nak join jugak sebab saya rasa perlunya untuk saya kenal identiti dan potensi diri saya supaya saya lebih kuat untuk melangkah pada masa akan datang. Tak tau la.. Ni adalah apa yang saya rasa. Maaf kalu kawan-kawan x faham apa benda yang saya tengah tulis ni ya...

Ok. Malam tu saya terus kuatkan semangat untuk ikut program al-fateh ni. Saya peringatkan diri supaya sentiasa memperbaharui niat agar sentiasa LILLAHITA'ALA. InsyaAllah... Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya dan sahabat, Siti Maisarah, untuk pergi ke bangunan admin sebab ada seorang senior nak tumpangkan kitorang. Kalau x, kene jalan kaki le jawabnya. Alhamdulillah..

Masa dalam kereta tu, hati still bercelaru. Tapi cuba tenangkan dengan mengingati Allah. Sesungguhnya mengingati Allah itu menenangkan hati... Tiba-tiba, satu mesej diterima. From my junior, Adlina. Mesej dia macamni:

'~Even if u feel so tired to seek the success, keep in ur mind that this might be one of ur greatest deeds that going to be count during the Day of Judgment. Just imagine that ALLAH is watching u now n HE knows how tired u are, but dont ever give up, keep moving n struggling just for ISLAM. believe in me. u can do much2 more better than u urself dremed. Just put ur trust in HIM! may He granted His guidance wherever u r..(n_n" '

Allah......bergenang air mata. Rasa nak menangis (memang dah menangis pun). Macamana saya tak cakap Allah tu Maha Halus, Maha Mendengar? Mesej yang saya dapat ni adalah buktinya! mesej ni sampai di saat saya memang memerlukan sesuatu untuk meniupkan semangat juang saya yang makin goyah... Allah... Saya terfikir, macamana Allah boleh gerakkan hati junior saya ni untuk menghantar mesej yang sangat bertepatan dengan situasi saya pada waktu itu. Allah... memang saya akan menangis puas2 kalau x disebabkan saya tengah naik kereta orang. Rasa sebak... Its true... Allah is listening..always take care of His 'abd...the weak 'abd...

Saya pun apalagi, lepas beberapa minit melayan perasaan terharu, terus semakin berkobar-kobar semangat untuk ikut program ni dengan bersungguh dan dengan niat yang betol! 'Najihah, yakinlah Allah melihat segala susah payah, penat lelah, usaha-usaha yang engkau sedang buat. Pasti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Kuatkan semangat! Pasti boleh menjadi orang yang cemerlang!', kata hati kecil ini.

Saya ikut program yang di conduct oleh ustaz Shaari ni sampai habis. Banyak perkara yang saya peroleh dari program ni. Banyak info tentang Sultan Muhammad Al-Fateh saya dapat. Memang, untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang usaha pun kene 'mahal' jugak! Kene luar biasa. Itulah antara perkara yang saya peroleh dari program ni. I've a formula to share with u:

orang biasa + usaha luar biasa = future orang luar biasa/result seluar biasa.

Ok x formula ni? InsyaAllah... Inilah yang saya nak lakukan. Saya hanya orang biasa, jadi saya perlukan usaha yang luar biasa untuk menjadi future orang luar biasa, sekali lagi, hanya KERANA ISLAM.

Kenapa nak lemah? Kita kan ada Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Usaha kerana Allah, pasti ada kejayaan menunggu. Be strong, be positive!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ini adalah salah satu event yang terjadi sepanjang sem pertama as a pharmacy student. Banyak lagi yang nak dikongsi. Tapi lain kali plak. Takut panjang2 nanti x tercapai plak maksud penulisan ni. Baiklah..jumpa lagi noohh....(n_n"

Ha! i've a video to share.. its about the 7 habits i learned in the AKMAL...


Video ni diambil dari blog ustaz Syaari, motivator program ni. Ni link nye, http://www.iskandarfateh.com/2011/12/montaj-7-great-habits-of-muhammad-al.html ..moga2 bermanfaat..insyaAllah...


pst: program kat atas sangat bermanfaat dan penuh dengan consequence kejayaan Al-Fateh menawan Constantinople.len kali blh join plop!x rugi my friends....

No comments:

Post a Comment